Rabu, 2 April 2014


“Subhanallah!”

Lambaian tangan di hadapan mata Iklil membuatkan gadis itu tersentak. Pantas pandangannya beralih pada teman di sebelah yang sedang ketawa lepas. Tiada tanda noktah pada tawa itu biarpun sudah bulat matanya merenung sahabatnya di sisi.

“Stop it, Nini..”

Nini tersengih. Keningnya dijungkitkan beberapa kali.

“What?”

“I knew it! That captures your eyes, right?” Sebutan perkataan that ditekankan dan pantas sahaja telunjuk kiri Nini mengunjukkan ke satu arah. Kepala Iklil ditelengkan kembali ke arah Nini yang tersenyum lebar sambil menganggukkan kepalanya. Iklil menjegilkan matanya. Nini ketawa lepas.

“Idin, student Lutfi.. Budak Sport Science la..”

“Hurmm.. No wonder...”

Tawa nakal Nini membuatkan tepukan padu Iklil singgah di peha kirinya yang bersilang dengan kaki kanan.

“Ouch! That’s hurt..” Nini menyeringai. Dia menjelirkan lidahnya sesaat kemudian. Iklil tersenyum puas.

“Siapa suruh Nini cari pasal dengan kita..” Iklil ketawa perlahan. “Lambat lagi ke Lutfi awak tu..? You said one game je..” Iklil menyambung kata sambil matanya terarah tepat ke dalam mata Nini.

Nini tersengih. “Ikut firasat Nini lah kan, kalau Idin dah masuk padang, Lutfi will be out within three minutes.. Wait and see..” Gadis tinggi lampai itu menjungkitkan keningnya sekali lagi.

“Preeeeeettttttt!!!!”

“Aha! That’s what I mean...” Dua pasang mata milik gadis-gadis itu beralih ke tengah padang. Kelihatan Lutfi mengangkat tangannya pada Idin yang turut melambai. Kedua-dua mereka tertawa seketika sebelum Idin kembali beraksi di tengah padang sementara Lutfi menapak ke arah Nini dan Iklil.

Hebat sangat ke mamat tinggi galah tu? Lutfi yang best player pun boleh surrender dekat dia.. Iklil mencebik sedikit.

“Hai Iklil.. Lama tak nampak..”

“Assalamualaikum..” Selamba Iklil membalas tanpa memandang wajah Lutfi yang sudah menempel di sebelah isterinya, Nini. Tawa nakal Nini kembali kedengaran melihatkan kerutan di wajah suaminya. Lutfi tersengih kemudiannya sebelum menjawab salam Iklil.

“Abang, student abang tu single lagi kan?” Tanya Nini sebaik sahaja Lutfi menyambut huluran botol air di tangannya.

“Student abang? Which one?”

“That guy yang baru masuk tadi tu la.. The one yang abang takut nak fight with..” Nini ketawa lagi. Pantas Lutfi mencubit manja pipi isterinya itu.

“Idin tu still single but not available..” Lutfi menjungkitkan keningnya. Iklil mencebik lagi. “Why that look?” Tanya Lutfi yang sempat melihat cebikan Iklil. Pantas Iklil tersengih dan menggeleng.

“Nothing..”

“That ‘nothing’ got ‘something’ in it... Believe me, bang..” Nini tersenyum lebar. Iklil menjegilkan matanya.

“You’re single, aren’t you?”

Berkerut dahi Iklil mendengarkan soalan itu. Nini di sebelahnya pantas mengangguk dengan sengihan lebar. Nak jadi model iklan Listerine la tu.. Iklil menyigung Nini sekali, geram dengan anggukan Nini di pihaknya.

“Tak betul ke?”

“Definitely right but then.....” Suara gadis itu terhenti seketika, memusatkan pandangannya ke arah Nini dan Lutfi. “I’m single, yet not available..” Sambung Iklil yakin, menekankan hujung ayatnya.

“As well..” Serentak Nini dan Lutfi bersuara. Iklil terdiam.

Alamak! Macam mana boleh terkeluar ayat tu pulak... Iklil menebarkan pandangannya ke tengah padang. Kelincahan aksi pemain bola sepak U pada petang itu tidak lagi menjadi tumpuan Iklil. Sebaliknya dia memandang tanpa perasaan, melayan larian mindanya.

“You can run but you will never get away.. That’s what we call ‘love’..” Jari hantu dan telunjuk Lutfi di kedua-dua belah tangannya dirapatkan dan diangkat sedikit, memberi isyarat pada perkataan terakhirnya.

Suara Lutfi benar-benar menerjah ke gegendang telinga Iklil. Garisan halus kembali mengambil tempat di dahi Iklil, melihatkan dua pasang mata yang menatapnya dengan penuh rasa ingin tahu. Seketika kemudian dia menjungkitkan keningnya sekali seraya mendepangkan tangannya. “Wuupss.. That’s it. I don’t want to powwow this lovie dovie things..” Iklil tersenyum lebar. Pasangan suami isteri itu berpandangan sesama mereka.

“Up to you lah sayang.. Apa yang penting sekarang, I’m happy with my life and my love..” Nini ketawa lepas, memeluk erat lengan suaminya. Lutfi mencuit hidung isterinya sebelum mengucup jari jemari halus itu.

Iklil senyum meleret. Lovers dua orang ni memang tak reti cover betul.. Iklil meliarkan pandangannya mencari susuk tubuh seseorang yang semakin mendiami hati kecilnya yang selama ini dipagar rapi.

“Gol!!!”

Sorakan kuat itu mengalihkan tumpuannya ke hujung padang berhampiran gawang gol lawan. Idin! Dia yang shoot ke? Alamak! Terlepas pulak.. Dalam tak sedar, Iklil mengeluh perlahan.

“Ei.. Tak baik mengeluh, right..” Tegur Nini lembut. Iklil tersengih, menjungkitkan hidungnya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“MasyaAllah!” Kata pujian terhadap-NYA tak pernah lepas dari seulas bibir yang merah merekah bak delima itu saat matanya tertancap pada sesusuk tubuh yang amat dikenalinya sedang memarkirkan motor di hadapan gerai. Sungguh dia amat mengkagumi keindahan ciptaan-NYA, kekuasaan-NYA, kebesaran-NYA.. Maha Suci Allah..

“Assalamualaikum!”

Iklil tersentak. Sempat dia membalas salam yang dihulurkan. Tepukan di bahunya membuatkan dia berpaling ke kanan, memandang dengan mata yang bulat. Pantas dia mengetapkan bibirnya melihatkan seraut wajah yang sedang tersengih di sisinya.

“Nini!”

Nini masih lagi tersengih seperti tadi. Tangannya memeluk erat lengan Lutfi. Mereka beriringan ke kerusi bertentangan Iklil dan mengambil tempat duduk yang kosong di situ. Tidak sampai satu minit, datang pelayan gerai ke meja itu dan meninggalkan dua set menu di atas meja, memberi peluang kepada pelanggan mereka memilih menu masing-masing.

“Awalnya dinner hari ni..” Lutfi bersuara memecah keheningan sambil matanya melirik pada Casio di pergelangan tangan kanannya. 8.15. “Isyak pun belum lagi..”

“Tak nak makan dipersilakan balik..” Iklil bersuara perlahan tanpa nada.

Pecah tawa Lutfi dan Nini. Kedua-duanya menggelengkan kepala memandang Iklil yang sudah memuncung.

“Sayang, siapa yang buat kawan baik sayang jadi serius macam ni..?”

Nini menjungkitkan bahunya sekali, tersenyum memandang Iklil yang kelihatan agak kurang selesa, membetulkan letak duduknya. Serentak dengan itu...

“Assalamualaikum..”

Serentak Lutfi dan Nini menjawab salam itu manakala Iklil sudah menunduk, memandang menu di hadapannya.

“Idin!” Lutfi mengukir senyum pada lelaki yang sedang tegak berdiri di sisi mejanya. Di tangan kiri lelaki itu kelihatan helmet hitam yang dipegang kemas. “What are you doing here? No, I mean.. Dah makan ke belum?” Lutfi tersengih lebar.

“Just arrived..” Idin melemparkan senyum.

Kacak! Iklil pantas menunduk.

“Come and join us..” Pelawa Lutfi selamba. Tidak dihiraukannya sepasang mata bundar Iklil yang menjeling tajam. Dia tahu gadis itu kurang senang dengan pelawaannya sementelahan tempat duduk di sisi gadis itu sahaja yang masih belum terisi.

“Ya.. Have a seat..” Nini menganggukkan kepalanya sekali. “Auch!”

Bulat mata Nini pada Iklil yang memandang tepat padanya. Betisnya yang disepak Iklil sebentar tadi diusap perlahan. Dua pasang mata milik suaminya dan Idin terarah padanya. Nini tersengih.

“Duduklah Idin.. Kami pun belum order lagi..” Nini menganggukkan kepalanya. Senyuman lebar dihadiahkan pada Iklil yang menjelingnya geram. Sempat dia menjungkitkan keningnya pada Iklil yang menahan hati.

“Hmm..” Idin membalas perlahan sebelum menarik kerusi kayu di sisi Iklil. “May I..”

Sangat gentleman! Iklil kembali tertawan. Tanpa sedar dia menganggukkan kepalanya sekali dan bibirnya mengukir senyuman manis. Idin membalas senyuman itu.

“Ehem!” Nini berdehem nakal sebelum menyambung kata-katanya, “So, nak makan apa ni?” Menu ditangannya dihulurkan pada Idin.

Lutfi menggamit pelayan yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Dia dan isterinya pantas menyuarakan pesanan mereka. “Both of you nak makan apa? Iklil?” Lutfi bertanya lembut.

“Nasi goreng cendawan..” Serentak Iklil dan Idin bersuara. Mereka berpandangan seketika. Idin menjungkitkan keningnya sekali pada Iklil dan tersenyum mesra.

"Minum?" Lutfi bertanya lagi, lagak wakil pelayan yang berdiri tegak di sisi meja.

“Limau ais..” Idin mendahului Iklil sementelahan Iklil kelihatan sedikit tergamam. “And you..?” Idin bertanya perlahan.

“Aah?”

“Your order, miss..” Idin bertanya selamba lagak pelayan gerai itu.

“Hah! Ye! Fresh orange..” Iklil tersenyum sedikit pada pemuda yang sedang mencatat pesanan di atas sekeping kertas kecil. Serba tak kena dirasakannya saat itu.

“Selalu makan dekat sini ke?” Suara Idin memecah hening antara mereka. Lutfi mengangguk laju. “Tak pernah terserempak pulak..”

“Her favourite place ni..” Nini memuncungkan bibirnya pada Iklil yang sedang meliarkan pandangannya ke serata kawasan gerai yang agak luas.

Mana nak terserempak.. Gerai ni dah la luas.. Manusia pulak sikit punya ramai.. Macam makan free je! Iklil kembali memusatkan pandangannya pada teman-teman di sekeliling.

“Tak pernah terserempak pun..” Sekali lagi Idin bersuara. Kali ini kepalanya dipalingkan ke arah Iklil. Gadis itu menjungkitkan keningnya sekali, serentak dengan bahunya. Idin tersenyum. “We have met before, haven’t we?”

“Hah?” Iklil terkelu.

“Kita pernah jumpa sebelum ni, kan?” Idin mengulang pertanyaannya dengan bahasa yang berbeza.

“No, I don’t think so..” Pantas Iklil membalas. Kepalanya digelengkan beberapa kali, membayangkan keyakinannya. Berkerut dahinya kala itu, membayangkan kesungguhannya.

“Hurmm.. Okay then.. So maybe I’ve dreamt of you before..” Nada selamba Idin mengundang tawa Lutfi dan Nini. “No, I’m serious.. Saya pernah nampak awak sebelum ni..” Sambung Idin lagi dengan nada yang sama seperti tiada perasaan, tidak cukup asam garam. Lutfi dan Nini berpandangan sesama mereka sambil bertukar senyum.

Iklil menikus di tempat duduknya. Kepalanya dipalingkan ke kiri, melihat sebuah keluarga yang sedang asyik menikmati makan malam masing-masing. Dia menjungkitkan hidungnya sekali dan mengenyitkan matanya pada seorang anak kecil dalam lingkungan umur tiga tahun yang sedang memandang ke arahnya sambil tersenyum padanya.

“So cute!” Perlahan suara Idin menerjah masuk ke gegendang telinga Iklil. Gadis itu tersedak tiba-tiba. Laju tangan kanannya mengusap dadanya beberapa kali.

“Siapa yang ngumpat awak ni..” Nini bersuara perlahan sambil menyuakan gelas berisi air yang baru sahaja dihantar ke meja mereka.

Iklil menyedut straw perlahan-lahan. Sedaya upaya dia mengalihkan pandangannya supaya tak bersabung dengan lelaki di sisinya itu. Entah kenapa dia rasa begitu gugup dengan keselambaan lelaki itu. Namun, dalam masa yang sama dia rasa senang dengan keterbukaan lelaki itu. Jus buah di dalam gelas di hadapannya disedut lagi beberapa kali. Sedar tak sedar, airnya hanya tinggal suku gelas sahaja. Pantas Iklil menjauhkan sedikit gelas minumannya ke tengah meja.

“Kalau tak cukup, limau ais saya ada lagi..” Idin bersuara tiba-tiba sambil menolak gelas berisi limau aisnya rapat ke sisi Iklil.

“Hah?!”

Aiyarkkk!! Tak nak la ‘open’ sangat... Aduhaiii... Baru je nak rasa senang dengan ‘keterbukaan’ dia. Tak sangka pula mamat ni sangatlah terbuka. Anggukan Idin yang terlihat dek matanya mengundang senyum Iklil. Lambat-lambat dia tersengih malu, menutup rasa kurang selesanya berhadapan dengan situasi itu. Sudahnya sepanjang makan malam itu Iklil lebih banyak menjadi pendengar dan pemerhati, melayan bualan Nini, Lutfi dan Idin.


“Iklil!!”

Langkah Iklil terhenti seketika di hujung tangga. Sesaat kemudian dia kembali melangkah laju ke arah basikalnya. Dalam kekalutan itu, pen yang diselitkan dalam buku-buku yang dipegangnya terjatuh.

“Argh!! Jatuh pulak.. Esok pagi la tengok balik.. Hopefully ada lagi..” Iklil menggumam geram, pantas dia terus melangkah. Gelap malam membuatkan dia tidak berani hendak menanti walau sesaat pun.

Saat ini terasa seperti hendak menyumpah calon-calon majlis perwakilan pelajar. Waktu ucaptama bukan main lagi berjanji segala bagai. Bila dah dapat post, segala yang dah dijanjikan umpama sandaran sahaja. Mana pengawal yang dijanjikan untuk menjaga keselamatan pelajar dekat pintu belakang ni..? Mana lampu-lampu jalan untuk kemudahan pelajar dekat kawasan macam Gua Tempurung ni..? Haduiii sabar je la..

Iklil menggelengkan kepalanya sekali. Sempat pula dia mengadili wakil MPP dalam melawan rasa gusar dan takut yang semakin menjalar.

“Iklil!!”

Sekali lagi kedengaran suara memanggil namanya sayup-sayup. Mengenangkan kisah seram yang diceritakan rakan kelasnya, Alina, minggu lalu membuatkan Iklil melajukan langkahnya. Buku-buku yang dipegangnya tadi segera dimasukkan ke dalam beg yang digalasnya sebaik sahaja langkahnya mati di hadapan basikal Hybrid kesayangannya. Pantas dia melompat naik ke atas Cannondale Street Sport Nexus hitam itu.

“Benda tu tumpang atas motor abang aku, kau tau.. Demam dia tiga hari, lepas dia nampak benda yang ada kat belakang dia, atas motor tu..”

“Lan dari mana malam-malam?”

“Entah.. Lupa aku nak tanya.. Dari library kot, sebab dia suka study kat bilik 24 jam tu dengan classmates dia.. Tak pun dari stall dekat Uni Inn tu. Tempat lepak dia la tu..”

“Selama ni takde pulak dia kena ye..”

“Nasib la.. Abang aku kata dia dengar orang panggil dia mula-mula. Ada la dalam 3, 4 kali.. Last call, dia pusing belakang and tup-tup ada benda ikut dia atas motor tu rupanya..”

“Nasib baik Lan tak pengsan..”

“Pengsan? Abang aku tu kan laki.. Kalau aku, ye la kot nak pengsan..” Pecah tawa masing-masing mendengarkan balasan Alina.

“Iklil!!”

Hah! Dah tiga kali! Ya Allah.. Matilah aku.. Argghhh!!! Nak jerit pun tak keluar suara. Iklil menelan liurnya saat terkenangkan cerita Alina. Kenapa tak pengsan pulak ni.. Haduiii.. Ya Allah..

Tudung di kepalanya ditarik sedikit ke belakang. Terkumat-kamit bibirnya membaca ayat kursi. Diulang ayat terakhir dalam bacaannya itu beberapa kali. Tanpa menunggu lama, sedaya upaya Iklil sehabis tenaga dia mengayuh basikalnya. Langsung tak bergerak basikal itu. Penuh semangat Iklil mengayuh lagi. Serasa tegak bulu romanya saat basikal itu langsung tak bergerak. Dia terasa seperti ada satu kuasa yang sedang menarik basikalnya. Ikutkan hati ingin sahaja dia berpaling ke belakang melihat pemangsanya saat itu. Namun, dia bukanlah seberani Nini..

Matanya dipejam rapat. Ya Allah.. Janganlah ada sesuatu yang buruk.. Bibirnya masih lagi terkumat-kamit. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. Ya Allah.. Sekali lagi Iklil mengulang bacaan terakhir dalam ayat 255 surah al-Baqarah beberapa kali..

When the visions around you
Bring tears to your eyes

Hah?!

And all that surround you
Are secrets and lies

That’s not mine! Suspicious! Iklil meraba poket baju sejuknya. Telefon bimbitnya dikeluarkan.

I'll be your strength
I'll give you hope
Keeping your faith when it's gone

That’s not mine!! Really suspicious!! Nada dering yang kuat kedengaran masih lagi berlagu panjang. Iklil pantas berpaling ke belakang.

Ya Allah! Hantu betul! Dijegilkan matanya pada sesusuk tubuh yang berdiri tegap di belakangnya, menayangkan gigi yang elok tersusun. Kedua-dua belah tangan pemangsanya itu memegang kejap pada penghadang di belakang basikalnya itu. Sengihan yang dihulurkan dibalas dengan jelingan maut Iklil.

The one you should call
Was standing here all along

“Don’t you want to answer your call?” Iklil bertanya malas. Lepaslah basikal aku wei.. Ringtone tak agak. Jiwang betul mamat ni!

And I will take
You in my arms
And hold you right where you belong

“Promise me not to go anywhere..”

“Why should I?”

Till the day my life is through
This I promise you
This I promise you

“Because I said so...” Butang hijau ditekan untuk menjawab panggilan yang masih berbunyi sedari tadi. Serta-merta telefon bimbit yang bernada This I Promise You nyanyian Nsync berhenti berbunyi. Serentak dengan itu dia melabuhkan punggungnya ke penghadang besi di belakang basikal itu. Sengihan nakal dihulurkan pada gadis yang sudah mendengus geram di hadapannya. Tidak sampai satu minit, panggilan itu ditamatkan.

“Boleh bangun tak?”

“Iklil tak.....”

“Tak boleh bangun?” Pantas Iklil memotong. Mana entah dia tahu nama aku.. “...And how the hell do you know my name?”

“Wo! That doesn’t sound like you..”

Iklil menjegilkan matanya pada lelaki itu. Dah buat aku separuh mati sakit jantung dekat kampus malam-malam ni, tak ada maknanya aku nak berbahasa dengan dia..

“Okay, okay..” Lelaki itu bingkas bangun dan menyambung kata, “Last dinner, Lutfi called you Iklil, right?”

Terangguk-angguk Iklil seketika, tunduk memandang telefon bimbit di tangan. Teringat dia pada makan malam yang tak dirancang beberapa minggu lalu.

"Whatever.." Pandangannya dikalihkan tepat pada susuk tubuh di belakangnya. Bulat mata gadis itu melihat kedua-dua belah tangan lelaki tersebut yang kembali memegang bahagian belakang basikalnya. “Please take your hands off my bike!”

“Garangnya awak ni.. Sabar la kejap. Dari tadi saya dok panggil awak tapi awak tak pusing pun..”

“Hah?!” Dia ke yang panggil aku? Nak buat apa? Aku bukannya ada apa-apa urusan pun dengan dia.. “I don’t remember having any business with you, Idin..”

Tawa yang kuat kedengaran bersambung-sambung sebagai balasan kepada ayat sarkastik yang keluar dari seulas bibir comel itu.

“... And how on earth do you know my name??” Soal Idin dalam tawa yang masih bersisa.

“None of your business.. Hands off please..” Iklil meleretkan pandangannya pada kedua belah tangan Idin yang memegang kejap penghadang besi di bahagian belakang basikal kesayangannya itu.

“Says who..? Nama saya, mestilah urusan saya jugak tu..” Idin menjungkitkan keningnya beberapa kali.

“Sayalah yang cakap tadi, takkan Nini pulak..” Pantas Iklil menyerang balas. Hah sudah..... dah macam kanak-kanak ribena pulak. Iklil menentang pandangan Idin. Kerdipan mata lelaki itu membuatkan dia tersedak tiba-tiba. Tawa Idin kembali kedengaran. Kuat.

“Huishh. Diamlah awak.. Dah tau malam, gelak macam bapak pontianak pulak..” Iklil menjegilkan matanya. Beg galas belakang dibetulkan letak duduknya sedikit.

Idin hanya tersenyum. Tangannya dikalihkan dari basikal hitam milik gadis itu. “Bukan bapak la.. Abang..” Lelaki itu tersengih pada Iklil yang mencebik. “Awak dari mana malam-malam ni? Buat apa?” Tanya Idin perlahan.

“Tak nampak ke fakulti belakang sana tu? Dari situ la.. Saya ada kerja sikit. Awak tu hah, fakulti awak bukan dekat sini kan, so what brings you here?”

“Wow! That’s good..”

“Hah?!” Apa barang pakcik sorang ni.. Tak menjawab soalan langsung. Dah kena sampuk apa..

“Banyak yang awak tahu pasal saya rupanya.. Hurmm.. It seems like you’ve done some homework before, haven’t you?”

Bijak! Haduii.. Macam mana la aku boleh tersuka dekat mamat ni.. Iklil tersengih menutup malu. Kelu dia seketika.

“Come, let me send you home..” Idin menepuk belakang basikal itu sekali, cuba menghilangkan sepi yang mula mengambil tempat setelah masing-masing mengunci kata.

“No, no.. I’ll be fine..” Iklil berdehem sedikit dan mula mengubah arah basikalnya.

Tawa nakal Idin di belakangnya membuatkan dia mengalih pandangan tepat pada Idin yang masih memerhati. Pandangannya dijatuhkan pada sepasang kaki lelaki itu. Tawa Idin makin kuat bersambung-sambung.

“Awak nak dengar saya mengucap ke? Tak pun nak test saya baca ayat kursi?”

“Why not?” Balas Iklil selamba.

“You do think I’m a ghost, don’t you?” Idin ketawa lepas. Dia bergerak menghampiri Iklil dengan tangan yang didepangkan, gaya seperti hendak menakutkan Iklil.

Gadis itu ketawa perlahan. Tangannya diunjukkan sedikit ke arah Idin. Telefon bimbit ditangan kanannnya digunakan untuk mengetuk perlahan kepala anak muda yang sudah berada di sisinya kala itu. Namun, ketinggian lelaki itu mengatasi kemampuannya yang sudah pun bertenggek di atas basikal kesayangan.

“Stop it, Idin..”

Idin tersengih. “Come la.. I send you back home. Saya tahu awak takut kan tadi. Sikit lagi je dah nak pitam. Spoilt betul handphone saya bunyi..”

Iklil tersengih lebar mendengar kata-kata Idin. Sudahnya mereka beriringan pulang ke kolej. Iklil hanya menyorong basikalnya manakala Idin berjalan di sisinya.


salam~ awk, sy ada match ptg ni.. awk nak turun x?

Iklil tersenyum nipis memandang skrin telefon bimbitnya. Perlahan-lahan dia meletakkan Samsung biru gelap itu ke sisi dan menyambung kembali pembacaannya pada novel Inggeris di tangan kirinya.

Tidak sampai tiga minit dia membaca, telefon bimbitnya berlagu panjang. Iklil ketawa perlahan, menggelengkan kepalanya. Butang cancel ditekan tanpa melihat skrin telefon.

Seakan menekan butang yang mengawal memori, pantas mindanya menerawang seketika pada peristiwa beberapa bulan yang lepas. Malam Idin menghantarnya pulang ke kolej kediaman..

“Awak single lagi, kan?

Uih. Siapa yang ngumpat belakang-belakang ni.. “Mana tahu?”

“Ada la.. Sumber-sumber yang boleh dipercayai..”

“Orang laki pun kuat ngumpat ye..” Perli Iklil selamba, mengerling sekilas pada Idin yang tersenyum lebar. “Nak buat apa tanya?”

“Awak nak couple dengan saya tak?”

Iklil tersedak kuat. Matanya menjeling wajah Idin yang beriak selamba. “Pantang tok nenek saya orang ajak couple!”

Idin menjungkitkan keningnya sekali. “Saya tahu tu.. Saja cuba nasib. Kan orang kata, belum cuba belum tahu..” Idin ketawa lepas melihat jelingan maut Iklil.

“So meaning you know my answer as well.. Bazir masa tanya, buang tenaga je..” Perli Iklil perlahan.

Tawa Idin makin meleret.

“Stop it Idin..”

Idin tersenyum memandang Iklil di sisinya yang sedang menyorong basikal. Dia berdehem sekali. “Why don’t you give a try..?”

“I won’t. Never. That’s not me if I do so..”

“Kenapa? Tak suka? Atau awak takut?”

“Takut?” Iklil terdiam seketika sebelum kembali menyambung, “Hurmm.. Saya takut.” Langkah Iklil mati tiba-tiba. Kepalanya dipalingkan ke arah Idin yang tenang memerhati.

"Saya takut yang dekat atas tu," pantas jari telunjuk kanan Iklil dihalakan ke atas serentak dengan pandangan Iklil yang ditala ke langit yang terbentang luas di atas mereka. Lambat-lambat kepalanya dialihkan menghadap Idin. Lelaki itu tersenyum lebar. Tanpa ragu Iklil membalas senyum itu.

“Saya tak salah pilih kawan kali ni.. Kita kawan ye, awak..”

“Ohh sebelum ni kita belum kira kawan lagi la ye?”

Idin ketawa perlahan, menggelengkan kepalanya. “Kawan.. Tapi kali ni lain sikit. Bukan kawan macam biasa..”

“Meaning?”

“Kawan lain sikit la.. Double t m..” Idin tersengih menjungkitkan keningnya beberapa kali.

Garisan halus mula merintangi dahi Iklil. “Macam-macamlah awak ni.. Entah apa tah double t m tu. Malas saya nak pikir..”

“Teman Tapi Mesra..” Balas Idin laju.

Iklil mencebik. “Tak ke sama dengan couple?! Istilah je lain.. Awak ingat saya ni budak lima tahun ke, nak gula-gulakan saya pulak!”

Idin ketawa lepas. “Awak, melenting je tahu.. Relaks.. Saya tak ajak awak couple dah. Cuma saya nak kawan dengan awak, macam awak kawan dengan Nini..”

“Takde maknanya.” Pantas Iklil membalas. Bulat matanya memandang Idin.

“Ada makna..”

“Mengarut.”

“Tak ngarut..”

“Hish! Awak ni mental illness ke? Tapi kenapa Nini pulak..?”

“Kenapa bukan Nini?”

“Sebab awak lelaki, Nini perempuan. Faham. Simple je..”

“Iyeke sebab tu? Bukan sebab awak takut tergadai hati metal awak tu? Bukan sebab awak takut runtuh tembok ego awak?”

Iklil mendengus perlahan. Serius! Macam manalah aku boleh tersuka dekat mamat mental macam ni?!

“Saya bukan ajak couple pun awak. Saya cuma nak jadi one of your best friend. Can I? Or maybe I’m not qualified enough..?”

Iklil menghela nafasnya perlahan. Lambat-lambat dia kembali menyambung langkah.

“Iklil,” Panggil Idin lembut.

Iklil terus melangkah, menyorong Cannondale Street Sport Nexus hitamnya berhati-hati.

“Iklil..” Sekali lagi Idin memanggil lembut dalam suara yang sedikit kuat. Iklil masih lagi seperti tadi. Idin mendengus. Nafasnya dihela perlahan.

“Iklil Aidan!” Idin melaung kuat. Iklil pantas berpusing. Langkahnya dikunci serta-merta.

“Awak pun ada buat homework pasal saya ke?” Iklil menjungkitkan sebelah keningnya ala-ala Ziana Zain. Idin menahan tawa. “Apa? Nak gelak, gelak je la.. I don’t give a damn!”

“Wuish.. Garang betul awak ni rupanya ye.. Kening awak tu bukannya dipantis macam certain artis. Kening awak dah cantik terbentuk elok terletak. Toksah nak angkat-angkat macam tadi..” Idin tersenyum lebar.

“Dah la.. Malas saya nak layan awak.” Iklil pantas berpaling dan menyambung langkah. Kali ini dia berhenti seketika sebelum melompat naik ke basikalnya.

“Iklil!” Idin berlari pantas mengejar Iklil yang sudah mula mengayuh basikal hitamnya. “Iklil!! Tunggulah dulu..” Idin melajukan lariannya, menyaingi kayuhan Iklil. Pantas tangan lelaki itu memegang kejap handle basikal gadis di sisinya.

Seperti terkena renjatan elektrik, Iklil mengangkat tangan kirinya yang bertindih dengan tangan kanan Idin. Matanya dijegilkan pada Idin yang kelihatan selamba tanpa rasa bersalah. Kakinya sudah menapak kukuh di atas tanah, menongkat basikal.

“Awak tahu tak awak dah buat tangan saya terbakar?!” Suara Iklil sudah mula meninggi. Matanya menatap tajam wajah lelaki yang terkebil-kebil di sisinya. “Dah lah! Saya nak balik dulu.”

Belum sempat Iklil memanjat naik basikalnya, Idin lebih dulu menahan basikalnya.

“Idin, lepaslah. Takkan awak tak tahu tengah-tengah kita sekarang ni ada apa..” Sinis suara Iklil, mengharapkan pengertian Idin.

“Tahu. Ada bike awak yang canggih ni la..” Selamba Idin membalas. Lelaki itu hanya tersengih nakal melihat jegilan Iklil padanya. “Relaks, saya bukannya nak kacau awak pun..” Tenang suara Idin menyambung kata.

Iklil diam tak membalas. Perlahan-lahan dia memanjat naik basikalnya dan bertenggek di situ tanpa suara.

“Awak nak apa ni?” Tanya Iklil malas, setelah beberapa minit berlalu tanpa sepatah kata.

“Saya nak kawan dengan awak..”

“Ada saya kata tak boleh?”

Idin ketawa perlahan sebelum membalas lembut. “Awak suka berkias kan.. Suka balaghah..”

Iklil mengalihkan pandangannya tepat pada Idin. Lelaki itu mengerdipkan matanya, tersenyum melihat kerutan di dahi gadis kecil molek di sisinya.

“Kenapa? Ingat awak sorang je yang belajar arab? I’m used to be Mashoorian as well, F.Y.I.”

Iklil tercengang seketika. “Kenapa kita tak pernah jumpa pun,”

Idin ketawa kuat. Tawanya bersambung-sambung. Jelingan maut Iklil membuatkan dia menahan tawa yang semakin meleret.

“Iklil, Iklil..” Idin menggelengkan kepalanya perlahan. Tersenyum dia pada Iklil yang menayangkan wajah selamba. “Awak tu Al-Mashoor perempuan.. Saya Al-Mashoor lelaki.. Lost your mind? Lagipun kita bukannya same batch..”

Iklil mengetap bibirnya. Lambat-lambat dia tersengih. “Itu saya tahulah..” Jawab Iklil lembut. “Dah. Syuhh, syuhh.. Baik awak main jauh-jauh. Saya nak balik dah ni. It’s a quarter to eleven okay.” Iklil menjegilkan matanya.

“Iyela.. Kita balikla ni. Kan saya kata saya hantar awak balik..” Balas Idin lembut.

“Saya lupa.. Saya ingat awak ni stalker..” Iklil tersengih memandang Idin yang sudah terbeliak mata memandangnya.

“One tiny thing. I need your number, please..”

“Haii.. Selama awak investigate pasal saya, awak tak tanya phone number sekali ke? Takkan kerja separuh jalan je..?” Sambil mengayuh perlahan, Iklil bersuara sinis.

“Awak ni suka perli orang ye.. Don’t you know sometimes words are more powerful than a tank?”

“Just heard it from you..” Iklil menjungkitkan kedua belah keningnya saat dia mengerling sekilas Idin yang sedang melangkah laju di sisinya.

“So, your number miss..”

“No repeating..” Iklil berhenti bersuara seketika, melihat Idin dari ekor matanya. Beberapa ketika kemudian, dia kembali menyambung, “019-3977911”

“Got it!” Idin tersengih lebar. Laju sahaja tangannya mengeluarkan telefon bimbit dari dalam kocek seluar dan lincah jarinya menekan papan kekunci. “Luckily I’m using celcom as well..”

“Alhamdulillah.. Kalau awak pakai maxis or whatsoever, I won’t reply any messages from you..” Iklil tersenyum lebar melihat cebikan Idin.

“But I’m not going to text you. You just have to slide your Samsung and put it right to your ear..” Idin ketawa perlahan melihat cebikan Iklil.

“You know what, I prefer text than voice..” Balas Iklil sebelum membelok di selekoh berhampiran kolejnya. Laju dia mengayuh basikalnya menghala ke pintu pagar kolej. Dia melambai sekali pada Idin yang ketawa perlahan sambil menggelengkan kepala beberapa kali.

Sempat Iklil mengucapkan salam pada Pak Man yang setia menanti di pondok pengawal sebelum meletakkan basikalnya di garaj yang disediakan. Laungan salam Idin dijawab dengan senyum yang melebar.

“Weh, weh. Amende yang syok sangat ni. Senyum sampai telinga!” Sergah Nini kuat. Dilemparkan sebiji bantal peluk tepat pada Iklil yang sedang berbaring di atas katil. Gadis itu bingkas bangun dan tersengih malu melihat Nini yang sedang bercekak pinggang memandangnya.

“Sengih, sengih.. Angau ke?” Nini menjegilkan matanya. Iklil memuncung.

“Nini kenapa? Garang semacam je ni. Gaduh dengan cik abe ke?”

“Garang je gaduh, gaduh je garang!”

“Dah gaduh memangla garang takkan lembut kot..” Iklil kembali tersengih seperti tadi. Nini menjegilkan matanya sebelum merebahkan tubuhnya di atas tilam empuk Iklil.

“Kenapa ni sayangku Nini... Moody semacam je ni. Hmm?”

Nini menghela nafasnya perlahan. “Penatla..”

“Penat?”

Nini mengangguk lesu, menarik bantal peluk berbentuk hati dan menekapnya ke muka.

“Lutfi buli Nini ke?”

“Penat panjat tangga..” Nini menjawab laju di sebalik bantal. Iklil menepuk dahi.

“Ingat kolej ni five stars apartment ke nak ada lif? Penat panjat tangga konon.. ”

Iklil mencebik. Dia duduk di birai katil, menepuk perlahan peha Nini yang sedang berbaring di sisinya. Vampire Plagues yang tersadai di hujung katil ditarik perlahan. Iklil menyelak muka surat yang dibacanya sebelum ini dan menanda muka surat itu.

“Mestilah penat..” Nini sudah pun menarik bantal kecil yang menutup wajahnya tadi. Kali ini pandangannya dihalakan tepat pada Iklil. Tersenyum dia pada Iklil yang masih lagi tercebik.

“Penat tau awak.. Ibu mengandung mana boleh panjat tangga tinggi-tinggi. Fifth floor pulak tu..” Nini bersuara perlahan, tak sabar menanti reaksi sahabat baiknya.

“Hah?! What?!” Terjerit Iklil mendengar kata balas Nini. Bulat matanya saat itu, memandang Nini yang tersengih mengerdipkan mata beberapa kali.

“Awak nak jadi ummi tak?” Tanya Nini lembut pada Iklil yang jelas terkejut. Gadis itu mengangguk beberapa kali.

“Alhamdulillah..” Hilang dari kejutan, Iklil menuturkan kata penuh ceria. Dipeluknya Nini erat. “Bila check?”

“Semalam. Almost two months..” Nini senyum lebar, meregangkan pelukan saat tak kedengaran balasan Iklil. Wajah Iklil yang memuncung dipandang dengan kerutan di dahi. Pelik dengan perubahan mendadak itu.

“Nanti Nini tak datang dah rumah kita la ye...?” Iklil bertanya perlahan.

Nini ketawa lepas. Dicubit pipi Iklil kuat. Makin memuncung sahabatnya itu. Tangannya pantas mengusap pipi yang sudah memerah.

“Awak duduk dengan Nini la next sem..” Nini menjungkitkan keningnya beberapa kali. Iklil terdiam seketika, memikir.

“Lutfi macam mana?”

“Lutfi dah dapat offer.. Dia dapat sambung la wak..”

Sekali lagi Iklil melopong. “Sambung PHD? Dekat UK ke Auckland?”

“Dia dapat dekat Auckland wak..”

“Waaahhhh.. Bestnya!! Murah rezeki betul Lutfi ni. Nini tak ikut Lutfi? Best tau Auckland. Sangat cantik, sangat cool..”

“Awak, kita kan dah final year ni. Tinggal satu sem je lagi. Sem ni pun dah nak habis tunggu exam je next two weeks..”

Iklil ketawa lepas. Tersengih gadis itu tidak lama kemudian. “Kita lupa la wak..” Iklil tersengih lebar. “Rezeki 
babyDescription: http://images.intellitxt.com/ast/adTypes/mag-glass_10x10.gif..” Iklil memeluk bahu Nini erat. “Alhamdulillah.. I’m happy for you both..”

“Bukak cuti nanti Iklil duduk dengan kita tau..” Nini memeluk erat lengan Iklil yang bersinar mata memandangnya. “Sebelum cuti nanti kita angkut barang awak pergi sana.. Tau?” Iklil mengangguk laju dengan sengihan lebar.

“Tapi... Kita seganla dengan Lutfi.”

Pantas Nini menepuk kuat peha Iklil di sisinya. “Mengada tau. Macam baru seminggu kenal Lutfi tu.. Kalau bukan sebab kes dulu tu, entah-entah tahun depan kita dua dapat sambung Master pulak, sekali dengan Lutfi yang sambung PHD nanti..” Nini bersuara perlahan pada ayat-ayat terakhirnya, bimbang sahabat di sisi terasa hati. Iklil yang mengetap bibir dirangkul erat.

“Nini..” Panggil Iklil lembut. “Kita mintak maaf tau. Sebab kita, awak pun susah sama..”

“Hey, what friends are for..? Right?” Nini mencuit pipi Iklil. “Awak jangan pulak terasa dengan kata-kata kita tadi. Tadi tu, cuma nak beritahu, awak toksah nak segan dengan Lutfi. Kita bertiga kan geng dari kecik lagi.. Hmm?” Iklil mengangguk lambat-lambat.

“Tapi kita nak mintak maaf jugak. Kalau bukan sebab Ayah Amat dengan Abang Amin, pasti kita dua dah melangkah jauh dengan Lutfi..”

“Iklil.. Awak jangan lupa pesan mama awak. Tak baik menyalahkan takdir. Kata mama, menyalahkan takdir sama seperti kita menyalahkan DIA.. Look at the bright side, hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang dah terjadi.. Kalau tak, you won’t meet him, right? Am I right?” Nini menjungkitkan keningnya beberapa kali.

“Him? Who?” Tanya Iklil lurus.

Nini ketawa lepas. “That guy la..” Sepasang mata Nini melirik nakal pada novel Inggeris di belakang Iklil. Pantas tangannya mencapai novel itu dan menayangkan tepat di hadapan Iklil. “Vampire Plagues’ owner lah!” Nini membulatkan matanya pada Iklil yang menayangkan muka selamba seakan tidak memahami makna lirikan matanya sebentar tadi. Cebikan Iklil sekali lagi mengundang tawa Nini.

“Hishh awak ni. Kalau Megat Izzudin Megat Idris yang Nini maksudkan, bila-bila pun boleh kenal..” Balas Iklil, menarik balik novel itu dari tangan Nini.

Nini mencebik. “Bila-bila..? Kalau kita tak belajar dekat sini, takdelah kita kenal Idin tu..”

“Boleh kenal apa..” Pantas Iklil menyampuk. “Idin kan student Lutfi. Kalau dah namanya student, mesti somehow akan berkenalan jugak kami nanti. Lagipun, Idin kan student kesayangan Lutfi. Lutfi tu pulak dah la susah nak rapat dengan orang. Right? Am I right?” Giliran Iklil menjungkitkan keningnya pada Nini.

“Iyela, iyela.. Tak kisahlah apa pun wak, yang penting, kalau dah JODOH tak ke mana..”

Bulat mata Iklil memandang Nini yang sudah tegak berdiri membetulkan tudungnya. Bakal ibu itu hanya tersengih lebar, menjarakkan dirinya daripada Iklil yang cuba untuk mencubit lengannya.

Telefon bimbit Iklil yang berlagu tiba-tiba mengalihkan tumpuan kedua-dua mereka. Dua pasang mata tertumpu pada Samsung biru di hujung katil. Nini menoleh sekilas ke arah Iklil yang menjungkitkan keningnya.

“Nini jawab?” Nini bersuara pantas, meminta persetujuan Iklil.

“Siapa? Idin?”

Nini mengangguk laju. Iklil memberi isyarat mata, membenarkan Nini menjawab panggilan itu bagi pihaknya. Gadis itu menggelengkan kepalanya perlahan dan tertawa kecil melihat Nini yang begitu bersemangat mencapai telefon bimbit di hujung katil.

“Assalamualaikum,” Nini kembali melabuhkan punggung di sisi Iklil yang sudah bersandar di kepala katil.

“Waalaikumussalam.. Nini ye?”

“Eh! Kenal je.. Kenal suara Nini atau dah biasa dengan suara Iklil?” Pantas satu cubitan hinggap di peha Nini. Iklil menjegilkan matanya. Tawa nakal Idin yang hinggap di telinga Nini membuatkan Nini tersengih lebar, menepis perlahan tangan Iklil.

“Nini dengan Iklil ada dekat mana ni?”

Nini berdehem seketika sebelum membalas, “Nini datang rumah Iklil. Idin, Nini nak pinjam Vampire Plagues, boleh?”

Tercebik Iklil mendengar pertanyaan itu, tahu Nini sengaja mengusik. Dia sudah arif dengan minat Nini hanya pada novel Melayu terutamanya yang jiwang dan penuh dengan bunga-bunga cinta. Sengihan Nini mengundang kerutan di dahi Iklil.

“Memang, Idin.. Dia nak buat harta tu. Saje nak simpan lama-lama, ulang baca banyak-banyak kali. Kalau Nini tak mintak nak baca, tak dapat balik la dekat Idin..”

Tawa Nini bergabung dengan tawa Idin saat itu. Hanya Iklil terpinga-pinga melihat Nini yang ketawa riang, tidak tahu cerita antara mereka. Namun gadis itu masih sabar menanti di sisi Nini.

“Nini, Lutfi ada cakap pasal match petang ni?”

“Petang ni? Hurmm ada.. Kenapa? Idin nak suruh Nini ajak Iklil ke?”

“Saya dah ajak Iklil tadi, but I’m not sure whether she’ll be there or not.”

“Aha! Not to worry.. Confirm kitorang akan ada dekat padang sebelum you all start game..” Penuh yakin Nini memberikan harapan.

“Iklil tengah buat apa, Nini? Is she refused to answer my call?”

“Eh tak.. Bukan macam tu. Dia tengah khusyuk baca novel yang Idin bagi pinjam tu la. Untung dapat kawan sekepala macam Idin.. Takyah susah-susah dia turun national library every month, pinjam novel dekat sana..” Selamba Nini berbual panjang, seakan Iklil tiada di sisinya saat itu. Iklil yang sudah tenggelam dengan keasyikan novel Inggeris di tangannya tidak lagi mencuri dengar perbualan Nini dengan Idin.

Idin ketawa perlahan. Tersenyum Nini mendengarkan tawa itu. Terasa berkobar semangatnya untuk menyatukan mereka berdua. Pandangannya dihalakan pada Iklil yang khusyuk membaca. Makin lebar senyuman itu, membayangkan Iklil bersama Idin, pastinya satu keserasian yang tak dapat disangkal.

“Nini,”

“Ya, still online..”

“Sampaikan assalamualaikum dekat tuan puteri sorang tu ye Nini.. We shall meet up petang ni..”

“InsyaAllah..”

“Assalamualaikum, Nini..”

Nini tersenyum lebar sebelum membalas salam Idin. Samsung biru gelap itu diletakkan di atas meja bertentangan kepala katil. Bersinar matanya memandang Iklil.

“What?” Iklil yang menyedari dirinya sedang diperhati pantas bertanya. Nini hanya tersengih penuh makna..


“Awak nak couple dengan saya tak?”

“I don’t like coupling!”

Iklil mendengus lembut. Idin yang berada hampir satu meter daripadanya dijeling sekilas. Lelaki itu ketawa lepas.

“Tak nak?” Suara Idin kedengaran sedikit kuat, cuba melawan bunyi bas yang sedang lalu lalang di hadapan kolej itu. Sekali lagi Idin ketawa lepas melihat jelingan maut Iklil. Bulat mata gadis itu memandang ke arahnya.

“Awak nak bagi saya kena heart attack or high blood pressure..?”

“Hurm? Meaning? Awak memang tak nak couple dengan saya la?” Iklil mengangguk pantas. “Why not?” Dia terus bertanya sejurus melihat anggukan itu.

“Ya Allah... Awak ni tak reti bahasa ye. Awak nak saya cakap bahasa apa lagi dengan awak... Bahasa Arab? Or... Should it be Urdu?”

“Hah? Apa? Saya tak dengar la wak...” Idin berteriak sedikit. Deruman enjin bas sebentar tadi benar-benar menghadkan pendengarannya.

“Tak dengar sudah..” Iklil menjawab malas. Letih hendak menjawab soalan berkaitan hubungan yang jelas tiada ertinya dalam Islam.

“Ala.. Come on la wak.. Bukan senang saya nak ajak awak jumpa.” Idin sudah menapak, mara menghampiri Iklil.

Iklil bingkas bangun dari tempat duduknya di perhentian bas kolej itu. Tangan Nini ditarik lembut. Nini yang sedang asyik dengan majalah di tangannya mendongak. Earphone di balik tudung ditarik perlahan.

“Kenapa?” Tanya Nini pelik. Dek kerana kedua-dua belah telinganya disumbat dengan earphone, Nini tidak mengikuti butir bicara Iklil dan Idin sebentar tadi. Dan sekarang dia pelik dengan situasi itu. Iklil seakan ingin melarikan diri dari Idin manakala lelaki itu makin menghampiri.

“Awak nak pergi mana ni?” Idin bertanya lembut biarpun dahinya sudah direntangi garis halus.

“Jauh dari awak..” Lambat-lambat Iklil membalas. Tangannya masih lagi mencuit bahu Nini.

Haishh Nini ni, bangun la... Hatinya merungut geram. Sahabatnya itu hanya diam tanpa sebarang reaksi. Soalan yang dibiarkan tidak dijawab membuatkan Nini masih tegar duduk di situ. Telinganya di balik tudung sudah pun disumbat dengan earphone seperti sebelum ini dan dia kembali menatap majalah Wanita di tangannya.

“Okay, okay. I’ll stop.” Idin mematikan langkah, mendepangkan tangannya. Dia bergerak kembali ke motosikalnya yang diparkir di hujung tempat menunggu bas.

“Tapi Idin tak dengar suara Iklil. Bisinglah kat sini.. Jauh pulak tu Iklil dengan Idin..” Idin bersuara sedikit kuat. Iklil tersenyum sedikit.

Perjumpaan yang diatur pada waktu puncak di tempat awam itu membuatkan perbualan mereka sering terganggu dengan deruman enjin bas yang berulang-alik menghantar dan mengambil pelajar ke dewan kuliah.

Senyuman Iklil yang ternampak dek Idin mengundang rasa geram di hati lelaki itu. Namun, hatinya puas dapat melihat segaris senyuman yang terukir di wajah gadis itu.

“Cute tau kalau Iklil selalu senyum macam tu.. Bukan senang saya nak tengok awak senyum..”

Mati senyuman Iklil. Idin mengeluh perlahan. Haishhh menyesal pulak aku tegur tadi...

“Awak nak cakap apa lagi? Saya banyak kerja ni. Nak basuh baju lagi.. Seminggu saya tak basuh baju tau.” Iklil bersuara selamba. Gadis itu sudah memeluk tubuh di sisi Nini yang asyik dengan majalahnya. Wajah Idin dipandang sekilas. Lelaki itu menggelengkan kepalanya.

“Kenapa? Nak kata saya pemalas la tu.. Kata la.. Saya tak kisah pun. Biar awak tahu saya ni bukannya rajin pun. So that tak ada la awak cari saya lagi lepas ni..” Sambung Iklil laju.

Idin ketawa kuat. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Iklil hanya memandang tanpa riak.

“Awak suka kawan dengan saya tak?” Tanya Idin lembut setelah tawanya reda. Iklil menjungkitkan bahunya sekali. Bibirnya mencebik. “Suka ke tak?” Tanya Idin sekali lagi.

“Can I skip that question?”

“No, you can’t.”

“Hurmm.. Okay then that one pending dulu la ye.. Okay, next..” Balas Iklil selamba.

Idin menjegilkan matanya sekali. Iklil tersengih lebar, menjungkitkan keningnya sekali.

“How about kita jadikan relation kita ni sah. Halalan Toyyiba gitu..” Idin bersuara nakal, meluahkan idea bernasnya. Matanya turut tersenyum nakal. Iklil menjeling geram. Niat di hati hendak mengusik tetapi dirinya sendiri yang terusik.

“So how?”

“Idin, please la jangan mengarut. There’s no relation between us..”

“Not even friend?”

Iklil menggeleng pantas. “No, what I mean is, not more than friend.”

“Are you sure, my dear?”

Iklil terdiam. Jauh di sudut hati dia mengakui kedamaian dan ketenangan yang dirasakannya setelah berkawan dengan lelaki itu. Tetapi... Tetapi... Hurmm tetapi yang tergantung kerana dia sendiri tidak tahu apa alasannya untuk menolak setiap permintaan Idin. Lelaki itu terlalu baik untuk terus dihampakan. Iklil terus menyepi.

“Kenapa awak susah sangat nak mengaku apa yang awak rasa?”

“Hah? Apa yang saya rasa?” Iklil mengulang soalan Idin perlahan. “Apa yang saya rasa?” Soalan itu ditanyakan semula pada Idin yang masih menantikan jawapan.

“Kenapa awak tak nak kita jadi lebih dari kawan?” Tenang Idin bertanya lagi, masih mengharapkan jawapan dari gadis yang berdiri lebih satu meter darinya. Lama Iklil membisu, cukup untuk membuatkan Idin tertanya-tanya.

“Hmm?” Lembut Idin bersuara tanpa kata. “Saya tahu saya satu-satunya kawan lelaki awak selain Lutfi..” Sambung Idin lagi.

“Saya tak nak terikat sampai masanya saya memang milik awak..” Jawab Iklil lambat-lambat. Hampir tak kedengaran jawapannya itu.

“Then, how am I going to make you mine?” Idin menyambung pertanyaannya tanpa menunggu sesaat pun.

“The time will come, awak.. Don’t worry.”

“Kenapa saya yang selalu kena obey kata-kata awak..”

“Sebab saya bukan milik awak lagi.” Iklil menjawab bersahaja. Dia menjungkitkan hidungnya sekali.

“Bila tiba masanya awak jadi milik saya nanti..?”

“Sedia menurut perintah, tuanku..” Kepala Iklil ditundukkan sedikit seakan memberikan hormat kepada Idin. Lelaki itu ketawa lepas, faham dengan makna kata-kata Iklil sebentar tadi.

“So, meaning you have to be mine as soon as possible..” Idin menjungkitkan keningnya sekali dan tersenyum menggoda. Iklil pantas mencebik. Idin ketawa lepas. Seperti biasa, tawanya itu mengubat rindu Iklil padanya. Sungguh Iklil tertawan lagi!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Beberapa bulan kemudian...

“Awak tak nak tau bila awak menetap kat dalam hati saya?” Idin yang sedang khusyuk menatap Sony VAIO di meja bacaannya menoleh pada Iklil yang sedang duduk berlunjur di sisi katil. Isterinya itu yang sedang khusyuk membaca Aku Terima Nikahnya mendongakkan kepalanya.

Iklil ketawa perlahan.. Ayat tak agak, macam dari arts stream.. Iklil menjungkitkan kening tanda meminta penjelasannya.

“Tanya la wak..” Suara Idin kedengaran sedikit kebudak-budakan.

Iklil menggeleng kepala perlahan. Senyuman terukir di bibir dengan riak wajah nakalnya tika itu “Hurmm.. Bila awak start suka saya?” Iklil menjungkitkan kedua belah keningnya sekali lagi selepas bertanyakan soalan yang sudah diubah bentuknya. Buku hasil karya Ustaz Hasrizal itu dirapatkan ke dada. Mata Iklil sudah tertumpu pada Idin.

Suaminya tersengih sebelum membalas, “Since the first time I saw you..” Dia mengerdipkan matanya sekali. Iklil membalas dengan jegilan.

“Seriuslah wak.. Bila?” Iklil pula yang tiba-tiba bersemangat untuk mengetahui jawapannya. Dia bingkas berdiri dan berjalan menghampiri Idin. Lelaki itu memusingkan kerusi beroda, menghadap isterinya.

“Bila..?” Rengekan Iklil kedengaran manja.

Idin tersenyum lebar. Bukan senang hendak mendengar suara emas isterinya itu. Sudahlah sewaktu nikah beberapa bulan dahulu Iklil agak dingin dengannya. Hanya beberapa hari kebelakangan ini Iklil semakin jinak.

“Masa awak beli tuuut dekat unimart..” Idin menjawab dengan sengihan nakal.

Tuuut? What was that tuuut?? Iklil menayangkan wajah pelik dan musykil, mendengarkan jawapan itu.

“Alaaa.. Takkan awak tak paham, wak..” Iklil menggeleng pantas dan laju. Idin ketawa sekali sebelum menyambung kata, “Masa awak beli Intimate Maxi packaging warna pink kat unimart months-months-months ago..” Selamba sahaja dia membalas dengan bahasa rojaknya. Iklil terdiam.

Aiyarkkk!! Detailnya! Malunya wei!! Mana aku nak sorok muka ni.. Malunya dia nampak aku beli tut tut.. Hah! Ni mesti masa Nini overflow dulu tu.. Datang rumah orang tak bawak spare. Malang pulak bila stok kat rumah baru habis.. Waaahhh malu, malu!! Eii.. Bulan berapa punya cerita tu?? Almost a year ago! Uishh.. Ishh, ishh, ish...

“Love at first sight..... sebab tudung yang awak pakai hari tu..”

Sekali lagi Iklil terdiam, mematung di hadapan Idin. Confession apakah ini?? Aku tak ready lagi... Huwaaaa.. Nini!! Tolong kita, Nini!! Tudung apa yang aku pakai worst day tu?? Hah! Tudung maroon yang tak sempat nak iron tu! Huishh.. Patut jatuh saham pakai tudung tak iron. Awak ni mata ‘kero’ ke wak..

“Ehemm..” Iklil berdehem seketika. “Awak ni biar betul..”

“Serious.. I’m not joking. Saya suka warna tudung awak tu..” Idin melemparkan senyuman menawannya itu. Iklil mencebik. Suaminya membalas dengan sengihan lebar.

“Awak ni allergic warna maroon ke..?”

Hahah! Idin ketawa lepas. “Honestly, awak nampak kiut sangat dengan tudung merah manggis tu..”

“Hahah!” Terlepas tawa Iklil dalam tak sedar. Pantas tapak tangan kanannya menekup mulut.

“Awak ni buat lawakla.. Cakap je la warna maroon. Letih otak saya nak mencerna makna warna merah manggis tu tau. Macam nak buat karangan Bahasa Melayu time SPM dulu..”

Hihihi.. Iklil menyambung tawa perlahan. Idin hanya tersengih. Iklil tersenyum ke arahnya.

Cinta itu buta.. Macam mana la agaknya gaya aku masa tu ye, dengan kelam kabut nak beli pad untuk Nini, main sauk je tudung yang ada dalam wardrobe tu..... dengan tak bergosok tudung tu, dia boleh kata aku nampak kiut.. Sah buat lawak.. Hurmm.. Ya! Love is blind! Makin lebar senyuman Iklil.

Idin menarik lembut kedua-dua belah tangan Iklil, mengarahkan isterinya itu rapat padanya. Lambat-lambat Iklil melangkah setapak ke hadapan, malu-malu memandang Idin. Sudahnya dia hanya menundukkan kepalanya.

“Iklil sayang abang?” Lembut suara Idin saat itu.

Aiyarkk!!! Iklil gigit bibir. Abang!? Scary! Nak bagi jawapan apa ni??? Tak study lagi part luahan perasaan ni.. Baru je jinak-jinak dengan Aku Terima nikahnya..

Nini... Serius! Tolong kita, Nini!!! Hati Iklil menjerit kuat. Kepalanya masih lagi menunduk, takut menentang panahan mata suaminya. Tak sampai sesaat, telefon bimbit Iklil di hujung katil berlagu kuat. Pantas Iklil mendongakkan kepalanya dan tersengih.

“Nini!”

Mendengarkan nada dering yang telah diset itu, Iklil menyuarakan sepatah kata pada Idin yang menjungkitkan keningnya. Pantas suaminya itu melepaskan pegangan tangannya pada kedua-dua belah tangan isterinya, memberikan isyarat kepada Iklil untuk menjawab panggilan itu.

Iklil mengerdipkan matanya sekali sebelum berlalu pantas. Kakinya melangkah laju, keluar dari bilik Idin sambil mulutnya riuh menjawab panggilan Nini. Idin menggelengkan kepalanya dengan senyuman terukir di wajahnya.

"Ya.. The time will come.." Idin menggumam perlahan kembali menyambung kerjanya yang terhenti tadi.


‘Ayah tak kisah apa jawapan Iklil. Apa yang ayah tahu, majlis Iklil jalan, cuti hujung tahun nanti..’

Terngiang-ngiang suara Ayah Amat. Satu pernyataan yang lebih kepada arahan. Mujur tiada ugutan. Tapi... Abang Amin sangat mengecewakan. Sanggup dia mengugut aku! Adiknya sendiri! Darah dagingnya! Kalau bukan Abang Amin yang memihak kepadanya, siapa lagi yang boleh diharapkan.

“Aku harap kau setuju je cakap ayah Mat. Jangan nak menyusahkan aku pulak.”

“Adik tak nak.”

Tajam pandangan Aminuddin pada Iklil saat itu. Iklil menayangkan riak wajah yang tenang.

“Jangan nak menyusahkan aku, adik!”

“Bila adik susahkan Abang Amin? Bila?”

Aminuddin terdiam. Beberapa saat berlalu dengan renungan berbalas renungan tanpa bicara antara dua beradik itu.

“Aku bagi warning, dik. Kalau kau lari, tahulah balasannya. Aku nasihatkan kau terima je orang yang masuk mintak kau tu. Ayah Mat dah ambik deposit dari budak tu pun.”

Deposit?! Bulat mata Iklil memandang abangnya saat itu. Aminuddin senyum sinis. Sebak hati Iklil mengenangkan dirinya seakan dijadikan barang dagangan... dan siapakah lelaki yang dimaksudkan itu? Sanggup dia menjadikan ikatan yang suci ini seakan satu urusan jual beli.. Siapakah dia?

“Kalau kau nak jadi macam mama, beranilah lari..”

“Abang!”

Berombak kasar dada Iklil, menahan marah. Gadis itu menggeleng beberapa kali. Dalam hati dia beristighfar panjang.

“Mama dah tak ada, bang... dah tak ada. Sampai hati abang kata mama... Iklil tak sangka abang sanggup buat kami macam ni.” Iklil menahan nafas sebelum melepaskannya perlahan.

“Sekarang Iklil tahu, pasti tiada tempat bagi kami dalam hati abang. Apa salah kami, bang? Apa salah mama? Istighfar bang, istighfar. Syurga kita bawah tapak kaki mama biar mama dah tak ada dekat dunia ni.” Sambung Iklil sebak. Kolam matanya mula ditakungi mutiara jernih. Dia bingkas bangun dari sofa berangkai dua di hadapan set televisyen.

“Kalau ini yang dapat puaskan hati Abang Amin, hati Ayah Amat, adik terima.” Perlahan Iklil bersuara, sebelum berlalu melintasi Amin yang santai bersandar tanpa perasaan di sofa sebelah. Sempat matanya menangkap senyuman lebar di wajah Aminuddin kala itu.

“Sayang!”

Iklil tersentak. Tangan kasar yang menutup matanya ditarik laju. Terbang lamunannya sebentar tadi.

“Ishh.. Awak.”

“Iya. Kita la.. Ada ke lelaki lain yang boleh pegang-pegang awak..?”

Idin sudah tersengih-sengih memandang Iklil. Serius gadis itu memandangnya tanpa segaris senyuman di wajah manis itu.

“Awak ni.. Lain kali bagi salam dulu. Ini main terjah je. Tu tak lain, berangan nak jadi abang rambut ketak la tu. Tak pun nak ganti Michelle..”

Iklil merungut panjang, masih lagi dengan riak wajah yang serius. Idin tersenyum lebar. Sempat dia mencuit pipi Iklil sekali sebelum bergerak masuk ke dalam rumah semula. Berkerut dahi Iklil melihatkan suaminya yang sudah bergerak meninggalkannya sendirian di halaman belakang dapur rumah itu. Beberapa ketika kemudian..

“Assalamualaikum.. Ada orang tak? Kita nak masuk ni...”

Idin bersuara selamba, mengetuk perlahan permukaan meja kayu di hadapannya. Iklil diam, menahan tawa. Namun ada bunga tawa terukir di wajahnya.

Tanpa menunggu jawapan Iklil, Idin menyelitkan di sisi gadis itu. Tangan kirinya memaut bahu Iklil manakala tangan kanan menayangkan kotak aiskrim yang sudah pun dibuka tutupnya.

“Nuts & macadamia paradise! Nak!! Nak!!” Secepat kilat Iklil merebut aiskrim itu dari suaminya.

Gedebuk!! Iklil terjatuh daripada bangku kayu separa bulat yang didudukinya itu. Dek kerana terlalu asyik hendak mendapatkan aiskrim, dia terlupa kedudukannya yang sudah beralih ke hujung bangku saat Idin datang mencelah tadi. Dek kerana kedua-dua mereka sibuk merebut aiskrim, Idin terlepas pautannya pada bahu Iklil.

Idin bingkas bangun. Melihat wajah masam Iklil, Idin tersengih.

“Wupss.. Sorry, I didn’t mean it.. Iklil yang ganas sangat tarik-tarik tangan Idin.. Kan dah jatuh..”

Idin menghulurkan tangannya. Iklil mencebik.

“No need. Kita boleh bangun sendiri..” Gadis itu bingkas bangun, mengibas-ngibas belakang badannya.

“Sakit tak? Nak menangis ke?”

Iklil menggeleng dan mencebik, serentak.

“Kita kuatlah.. Tak mainla nangis-nangis ni..”

“Good girl.”

Idin mengusap kepala Iklil lembut, beberapa kali.

“Ni, mana tudung ni?”

“Ala.. Dok kat belakang rumah pun nak pakai tudung ke? Bukan ada siapa-siapa tengok pun..”

“Eh, mana tahu kot-kot gardener Uncle Seva belakang ni ngintai kat pagar kayu tu..”

“Tak ada maknanya.. Lain la kalau dok kat compound depan tu. Kat sini mana ada orang..”

“Eh, ada maknanya.. Awak nak dengar satu cerita tak?”

Iklil mengangguk laju. Serentak dengan itu, Idin menarik tangan Iklil perlahan. Pasangan muda itu kembali duduk di bangku kayu separa bulat di hadapan mereka.

“Okay, proceed..”

Idin tersenyum sedikit mendengar suara isterinya itu. “Awak teringin tak nak jadi macam Sayyidah ‘Aishah?”

Iklil mengangguk laju tanpa memikir lanjut.

“Herm.. Awak tahu rumah Nabi Muhammad S.A.W dengan Sayyidah ‘Aishah dekat Masjidil Nabawi?”

“Rumah yang sebelah Masjid Nabi tu?”

“Erm. Betul-betul sebelah Masjid Nabi. Tapi tu masa Nabi masih ada. Sekarang rumah tu dah jadi sebahagian dari Masjidil Nabawi.”

Iklil menganggukkan kepalanya beberapa kali, menandakan dia tahu mengenai hal yang disebutkan suaminya.

“Kecik je kan rumah Nabi dengan Sayyidah ‘Aishah?”

Sekali lagi Iklil mengangguk. “Muat tiga makam je kalau tak silap. Makam Nabi, Sayyidina Abu Bakar dengan Sayyidina Umar.”

“Herm.. Tiga makam je. Kalau rumah kita ni, boleh buat satu kawasan perkuburan Islam..” Balas Idin dengan senyuman.

Iklil mengangguk-anggukkan kepalanya. Akalnya ligat memikirkan kata-kata itu. Betapa dia perlu mensyukuri nikmat Tuhan sebagai pinjaman kesenangan buat mereka di dunia ni..

“Kalau awak nak tahu, Sayyidah ‘Aishah masih lagi tinggal dalam rumah tu biarpun waktu tu Nabi S.A.W. dengan Sayyidina Abu Bakar dah dimakamkan dekat situ. Boleh bayangkan ruang yang terhad?”

Iklil terangguk-angguk lagi untuk kesekian kalinya.

“Erm. Masa jenazah Nabi S.A.W dengan Sayyidina Abu Bakar dimakamkan dekat situ, Sayyidah ‘Aishah masih lagi bebas dalam rumahnya sendiri. Meaning to say, bebas dari segi batasan aurat. Tapi, bila masuk sahaja jenazah Sayyidina Umar, Sayyidah ‘Aishah terus pakai hijab tak bukak-bukak. Dalam rumahnya sendiri, Sayyidah ‘Aishah dah tak bukak auratnya. Iklil tahu kenapa?”

Iklil terdiam.

“Idin sambung ye..”

Iklil mengangguk laju sambil tersenyum sedikit.

“Sayyidah ‘Aishah dengan Sayyidina Umar kan bukan muhrim, sayang.. Nabi S.A.W. suami Sayyidah ‘Aishah. Sayyidina Abu Bakar pulak ayahnya.”

“Tutup aurat biarpun dalam rumah sendiri?”

Idin mengangguk beberapa kali.

“Biarpun Sayyidina Umar dalam alam yang lain?”

Idin mengangguk lagi sebelum membalas, “That’s why Idin kata tadi, ada maknanya.. Cuba bayangkan, dengan Sayyidina Umar yang dalam tanah tu pun Sayyidah ‘Aishah masih jaga batasan auratnya, apetah lagi kita dengan orang yang masih hidup kat sekeliling kita ni. Iklil fahamkan maksud Idin?”

Iklil mengangguk lemah. Terasa dirinya begitu kerdil. Mampukah dia menjadi wanita mulia sebagaimana Aishah R.A.? Menggunung keinsafan beraja di hati kala itu.

Iklil bingkas bangun dan berlalu masuk ke dalam rumah. Pantas Idin mengikut langkah isterinya.

“Awak menangis?”

Iklil tersenyum, menggeleng kepala sekali. Tangannya pantas mengesat setitis mutiara jernih yang mengalir di pipi. Idin membalas senyum Iklil.

“Jom makan aiskrim..”

Tangan Iklil ditarik Idin lembut. Beriringan mereka ke ruang tamu di bahagian tengah rumah.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Why me?”

Hampir habis sekotak aiskrim, Iklil tiba-tiba menghadiahkan sebaris soalan buat Idin.

“Hurm?”

“Why me? Kenapa Iklil yang Idin pilih?”

Soalan yang sudah lama ingin disuarakan Iklil. Baru kini terlontar keluar dari bibirnya. Idin hanya diam memandang Iklil. Beberapa ketika kemudian gadis itu menundukkan kepalanya, malu menentang pandangan Idin.

“Kenapa baru sekarang nak tanya?”

“Sekarangla nak tanya.. Takkan nak tunggu wedding anniversary pulak..” Iklil membalas perlahan, mengharapkan Idin tak mendengarnya.

Namun, pantas tangan lelaki itu mencuit pipi isterinya, tanda suara halus itu sudah mengetuk gegendang telinganya, menghantar isyarat ke otak. Iklil tunduk menyembunyikan senyum. Sebetulnya dia menjadi semakin resah setelah kebaikan demi kebaikan dipertontonkan Idin.

Lelaki itu seakan sempurna bagi dirinya yang serba kekurangan ini. Dalam diam, banyak ilmu yang dikongsi bersama. Banyak pengajaran dan peringatan yang diberikan secara tak langsung, selama dia menjadi isteri kepada pemilik nama Megat Izzuddin Megat Idris ini.

Kenapa awak pilih saya? Betul ke awak bayar untuk dapatkan saya? Kenapa? Siapa saya di mata awak? Kalau diikutkan terlalu banyak persoalan yang perlu dirungkaikan dan jawapannya ada pada Idin, suaminya. Dalam tak sedar, Iklil mengeluh perlahan.

“Iklil nak tahu kenapa Iklil yang jadi pilihan?” Lambat-lambat Idin bertanya setelah isterinya membisu tanpa kata. Iklil mendongak sedikit, mencari anak mata suaminya.

Idin tersenyum penuh makna. Lelaki itu berdehem seketika sebelum kembali menyambung kata, “Sebab Idin nak mekarkan benih mujahid dan mujahidah dekat dunia ni..”

Lama Iklil terdiam, memikir. Akan wujudkah kasih tak berbelah bahagi antara mereka? Mampukah mereka melahirkan zuriat yang bakal menjadi mujahid dan mujahidah? Mampukah mereka pertahankan ikatan suci ini? Ikhlaskah Idin memilih dia sebagai suri hidupnya?

Ah.. Siapa dia untuk mempersoalkan keikhlasan seseorang..

“If it's real, it’ll last..”

Makin membisu Iklil mendengarkan kata-kata Idin. Suaminya itu seakan dapat membaca isi hatinya, gelodak perasaannya tika itu. Diam Iklil diburu keresahan..


Kringggggggg!!!!!

“Aaaaaaaaa~”

Iklil bingkas bangun. Terjerit dia mendengarkan bunyi alarm yang sangat dekat di telinganya. Pantas tangannya mengambil Nokia 3310 yang terdampar di hujung katil.

Idin!! Iklil mengetap gigi. Tawa nakal yang menampar telinga membuatkan Iklil membulatkan mata, mencari arah suara itu. Pandangannya terhenti pada susuk tubuh yang berdiri tegak di sisi sliding door. Langsir sudah ditarik dan diikat rapi manakala sliding door sudah terbuka luas. Angin pagi bertiup lembut, masuk ke dalam bilik.

Iklil bingkas bangun. Tegak dia duduk di hujung katil. Comforter ditarik rapat ke dadanya.

“Intruder!” Iklil menjeling Idin. Geram. “Take back your so-called alarm clock ni.” Mendatar suara Iklil. Dah la alarm classic! Buat sakit telinga orang je.

Idin tersengih memeluk tubuh. Setapak demi setapak dia melangkah menghampiri katil queen size itu.

“Ingat Iklil tak nak bangun dah. Subuh pun terlepas.”

Masam wajah Iklil memandang suaminya. Matanya dijegilkan sekali sebelum dia menjeling geram.

“Errr~ Seraaam~”

“Idin..!”

“Yes, my dear..”

Idin ketawa lepas. Seronok dapat mengusik Iklil awal-awal pagi itu.

“Subuh pun terlepas, ada hati nak marah-marah orang. Iklil buat apa semalam, penat sangat ni? Noreh getah? Tampi padi? Or... bajak sawah?”

Hahahaaahh!! Makin kuat tawa Idin melihat pandangan maut Iklil.

Bukk!!!

Mati tawa itu. Tepat lontaran Iklil kena sasarannya. Bantal busuk berbentuk silinder milik Iklil kena tepat pada wajah Idin.

“Orang mamnuq la. Tak boleh solat.” Direct Iklil memberi kata balas.

Idin senyum nakal. Mamnuq rupanya.. Padanlah selamba badak je tarik comforter sampai tutup atas kepala masa orang bukak lampu bilik subuh tadi..

“Bak sini bantal Iklil,”

“Herm?”

“Bantal..” Iklil memuncungkan bibir ke arah bantal busuknya. “I want my precious back..”

Idin mengangkat bantal berbunga merah jambu yang jatuh ke hujung kakinya itu. “This is your precious?” Bantal busuk itu ditayang pada Iklil.

Iklil mengangguk laju. Beberapa kali. “No! You don’t want to keep it..” Pantas Iklil bersuara saat matanya menangkap aura jahat Idin di sebalik senyuman nakal yang terlukis di wajah itu.

“Eh, Iklil dah bagi kat Idin. Consider it’s mine la..” Idin menjungkitkan keningnya beberapa kali.

“Idin..”

“Yes my dear,”

“Idin.”

“Yeah honey,”

“Idin!”

“Ehmm..”

“Megat Izzuddin, please..”

“Ei, you know what..?”

Iklil memandang Idin tanpa kelip, sabar menanti kata-kata yang seterusnya. Idin diam seketika, tersenyum sedikit. Langkahnya diatur menghampiri Iklil.

“I’ll keep this first..” Idin mencubit geram pipi Iklil dan berlalu keluar sebelum sempat Iklil mencapai tangannya. Iklil mengetap bibir, geram dengan tingkah suaminya di pagi hari itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sepi. Satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan suasana di dalam Volkswagen GTI milik Idin. Sesekali lelaki itu menjeling Iklil di sisi. Isterinya itu tunduk, khusyuk melihat peta yang diambil dari atas dashboard. Sejak dari enjin dihidupkan sehingga mereka sudah setengah jam berada di atas jalan, peta itu yang ditiliknya dengan penuh minat.

Idin menarik nafas seketika. Jarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta.

“Sayang, we don’t need map to Impian Walid..”

“Hemm..” Iklil mengangguk sekali. Mata masih lagi tertumpu pada peta Negeri Selangor itu.

“Iklil nak singgah breakfast dekat mana-mana dulu tak?”

“Tak.” Iklil menggeleng beberapa kali.

“Tak lapar ke?”

“No,” Iklil mencebik sedikit.

“Serius ni tak lapar?”

“Yup.” Iklil mengangguk sekali.

“Erm singgah Petronas beli roti ke... tak nak?”

Iklil menggeleng beberapa kali tanpa suara.

Idin mati kutu. Berpatah-patah soalan yang ditanya, sepatah je jawapan yang diterima bagi setiap soalan. Hanya soalan yang terakhir Iklil membalas tanpa suara.

Idin menghela nafasnya perlahan. Sedar isteri kesayangan melancarkan mogok. Dia kembali menumpukan perhatian pada pemanduannya. Namun begitu, tak dapat tak, sesekali matanya mengerling sekilas pada Iklil yang masih lagi khusyuk menatap peta di tangan.

Jangan-jangan, Iklil plan nak lari dari rumah?! Naaaahhh.. Mustahil. Idin mencebik sedikit sambil menggelengkan kepalanya. Dah tu yang dok tilik peta sampai tak angkat kepala langsung tu, apa kes?? Berkerut dahi Idin. Letih berperang dengan perasaan sendiri.

Sepuluh minit kemudian, Volkswagen GTI hitam metalik Idin meluncur masuk ke halaman rumah banglo dua tingkat yang tersergam megah. Impian Walid. Nama yang dipersetujui semua ahli keluarga untuk teratak indah itu.

“Here we are. Make yourself at home..” Idin menjungkitkan keningnya sekali pada Iklil yang sedang memandang ke arahnya. Mereka berdua melangkah keluar dari kereta dan menghampiri pintu rumah yang terbuka luas. Salam diberi sebelum keduanya melangkah masuk.

Iklil yang baru kali kedua menapak ke dalam rumah mewah itu terpaku dengan kekemasan susun atur perabot di dalamnya. Pilihan warna dinding bagi setiap ruang dan hiasan di beberapa sudut rumah membuatkan dia terasa sangat kagum. Kagum dengan idea mereka yang menghias rumah itu.

“Dah lama Iklil tak datang sini, kan?”

Lama? Iklil menahan tawa mendengarkan pertanyaan itu. Idin di sisinya dikerling sekilas. Baru dua kali dia sampai ke situ. Kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumah itu adalah pada majlis perkahwinan mereka. Tapi waktu itu hatinya beku, matanya buta. Tak ternampak keindahan dan kedamaian seperti yang dirasakannya sekarang.

“Mana pergi tah semua orang ni..” Idin meletakkan kunci kereta di atas meja kopi. Matanya meliar ke serata ceruk rumah.

Semua orang? Kali ini tanpa ditahan, tawa kecil meletus dari bibir Iklil.

“Idin jangan nak buat lawak tau. Bukan mama je ke yang tinggal dekat sini? Perkataan semua orang tu tak relevan kalau nak diguna pakai..” Iklil bersuara dalam tawa yang masih bersisa.

“Ohh.. Takleh pakai eah?” Idin menggaru kepalanya yang tidak gatal, menayangkan wajah confuse. Gelengan Iklil membuatkan Idin tersengih malu. Pantas dia merapati isterinya. Tanpa sempat ditahan, Idin mencuit hujung hidung Iklil. Gadis itu mendengus lembut. Idin tersengih kemenangan. Iklil mengangkat tangan kanannya sedikit, berhasrat untuk menyerang balas.

“Iklil, Idin.. Bila sampai?”

Terbantut niat gadis itu saat ibu mertuanya muncul dari arah dapur. Tersenyum dia memandang wanita separuh abad itu.

“Assalamualaikum, ma..”

Belum sempat Iklil menghampiri Hajjah Khalilah, Idin lebih dulu meluru. Dipeluk cium mamanya seakan sudah bertahun tak ketemu.

“Baru je sampai, ma..” Iklil mencuit Idin sedikit. Lelaki itu tersengih, memberikan laluan pada isterinya. Pantas Iklil bersalaman dengan ibu mertuanya. Berpelukan mereka seketika sebelum sebuah ciuman hinggap di dahi Iklil. Gadis itu terkesima. Lambat-lambat bibirnya menguntum senyum pada Hajjah Khalilah yang kelihatan sangat gembira melihat kehadiran mereka. Hilang gugup Iklil dengan sambutan mesra itu. Dia tersenyum senang..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Kalau tak ada marah-marah, ma..”

“Tak marah-marah?”

Idin mengangguk sedikit. Tak sabar menanti penerangan mamanya.

“Herm..” Hajjah Khalilah mendongak, memandang Idin di hujung meja. Anak lelaki ketiganya itu sedang memandang tepat ke arahnya. “Herm kalau tak marah-marah, mungkin lain la pulak,”

“Contoh?” Tanpa sabar Idin mencelah.

“Kalau tak bad mood maybe kuat makan ke,”

“Takde. Lain, lain..”

“Eish Idin ni. Tu tak lain mesti ada kaitan dengan Iklil, kan?” Pergerakan tangannya mengupas bawang terhenti.

Idin tersengih malu. Vico di dalam teko dituang ke dalam cawan yang tersedia di atas meja.

“Yang Idin nak tau sangat pe’el orang perempuan time datang bulan ni, kenapa? Idin ada buat salah apa-apa dekat Iklil ke?”

Idin tersengih lagi. Matanya mengerling ke arah pintu bilik air yang tertutup rapat. Bila-bila masa sahaja Iklil akan muncul dari balik pintu itu.

“Ma, kalau kuat tidur ke, mood swing ke—”

“Sama lah tu.” Hajjah Khalilah memotong pantas. “Idin belajar tinggi-tinggi sampai ke Mesir dah pun. Tapi bab macam ni, nak kena tanya dekat mama jugak..?”

Buat kesekian kalinya Idin tersengih lebar. “Mana ada belajar bab-bab emosi ni, ma.. Lagipun lain orang lain pe’elnya..”

“Hmm.. Tahu pun. Dah tu yang Idin tanya banyak-banyak dekat mama buat apa.. Baik Idin perati je Iklil macam mana. Lepas tu pandai-pandailah Idin nak handle.”

“Settle!” Idin mengerdipkan matanya sekali. Serentak dengan itu Iklil melangkah keluar dari bilik air. Berkerut dahinya memandang Idin yang tersengih-sengih.

Hajjah Khalilah hanya menggelengkan kepala. Faham dengan sikap Idin. Dilahirkan dalam keluarga yang kaya dengan anak lelaki tanpa kakak atau adik perempuan membuatkan anak lelakinya yang seorang itu tidak berminat untuk berkawan dengan mana-mana kawan perempuan.

Sejak dari kecil Idin tak berkawan dengan perempuan apetah lagi dia bersekolah di sekolah lelaki pula. Idin mula bergaul dengan kaum berlainan jantina dengannya saat dia melangkahkan kaki ke universiti. Namun, boleh dikira dan disebut nama setiap seorang yang menjadi kawannya.

Disebabkan itu Hajjah Khalilah agak rapat dengan kawan-kawan perempuan Idin. Terkejut juga Hajjah Khalilah saat Idin menyuarakan hasrat untuk berkahwin... kerana dia tak pernah mengenali Iklil, seperti dia mengenali rakan-rakan Idin yang lain.

“Ma nak masak apa ni?” Lembut suara Iklil bertanya, mencantas lamunan Hajjah Khalilah. Dia tersentak sedikit sebelum berpaling ke kanan. Menantunya itu sedang berdiri di sisi, menunduk sedikit sambil memeluk mesra bahunya.

Hajjah Khalilah tersenyum sedikit. “Mama ingat nak buat ikan sambal belah belakang dengan kobis masak lemak putih. Iklil suka, kan?”

Iklil mengangguk laju. “Iklil tolong mama ye,” Laju sahaja dia menawarkan bantuan.

“Idin nak tolong jugak,”

“Aaa tak payah, tak payah.” Pantas Iklil bersuara. Idin yang sudah tegak berdiri di belakangnya ditolak lembut. “Aa.. Aa..”

“Aa, aa, apa?” Sebelah kening Idin terjungkit sedikit. Wajahnya terukir senyuman nakal.

“Aa.. Aab.. Ermm.. Abang pi dok diam-diam dekat depan,” Bergetar suara Iklil. Janjinya untuk memanggil Idin dengan panggilan yang sepatutnya di hadapan mama perlu dikotakan. Tubuh sasa suaminya itu ditolak kuat, mendorong ke arah ruang tamu.

“Yelah, yelaah, abang tak kacau sayang..” Tenang Idin bersuara. Lengan Iklil ditarik pantas saat isterinya itu hendak melangkah semula ke dapur. “Abang suka,”

Dua patah kata yang membuatkan Iklil terdiam, tahu Idin suka mendengarkan panggilan keramat itu. Buat seketika Iklil membeku di sisi Idin. Wajah suaminya itu direnung dalam-dalam.

Berdosakah aku menghampakan suamiku? Berdosakah aku mengecewakannya? Berdosakah aku menidakkan haknya? Ya Allah, adakah hubungan suci ini landasan bagiku mengumpul beban di bahu kiri? Ya Allah, kenapa hati ini begitu tegar membiarkan lelaki sebaik dia hanya memendam rasa.. Tanpa sedar setitis mutiara jernih mengalir di pipi Iklil.

“Sayang?”

Terduduk Iklil di atas sofa. Wajah tanpa riak, bermandikan air mata. Cukup untuk membuatkan Idin di sisi tak senang duduk.

“Sorry,” Iklil bergegas ke bilik sejurus selepas itu. Sepatah perkataan penuh makna yang diharapkan sampai kepada sang suami.

Idin meraup wajah sekali. Belakang lehernya diusap perlahan. “It’s okay, sayang.. It’s okay..” Bisik Idin di angin lalu. Nafasnya dihela perlahan..


“Ma, malam-malam macam ni selalunya mama buat apa?”

Hajjah Khalilah yang sedang menghirup Nescafe panas menjungkitkan keningnya sedikit. Wajahnya ditala ke sisi, memandang sang menantu yang tersenyum mesra. Mug berisi Nescafe diletakkan di atas meja kopi di sisi sofa.

Iklil menarik perlahan tangan kiri ibu mertuanya. Dielus lembut tangan itu. Seakan terubat rindu pada mama yang sudah tiada..

“Ma nak buat apa lagi, either tengok tv atau baca buku... macam ni,” Hajjah Kalilah tersenyum sambil menayangkan Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain di tangan kanannya. “Tapi kadang-kadang kalau habis mengaji awal, mama enjoy jugak sewing waktu-waktu macam ni.”

Iklil tersenyum lebar. Matanya melirik Quartz yang tergantung di dinding.

“Kejap-kejap lagi balik la Idin tu,” Seakan mengerti, Hajjah Khalilah bersuara lembut. Tersenyum dia pada Iklil yang tersipu malu.

“Ma..”

“Mmm... Hmm..”

“Abang long umur berapa, ma?”

“Along?”

“Mmm..”

“Along dah 35 tahun ni,”

“Angah?”

“Angah, 33.. Adik, 29.. Acu, 23..”

“Ohh..”

Iklil tersenyum lebar. Dalam kepala dia mencongak, mengagak umur suaminya. Tak pernah sekali pun dia mengambil tahu perihal keluarga Idin apetah lagi kisah lelaki itu. Tak pernah dia tahu berapa umur suaminya? Bila dia kehilangan walidnya? Siapa adik-beradiknya? Anak-anak buah?

Ahh aku bukan isteri yang baik! Iklil terasa serba salah. Serba tak kena dek kerana terlalu mengikutkan perasaan dan memikirkan pelbagai kemungkinan..

“Iklil tak tanya dekat Idin?”

Tercantas lamunan Iklil dengan pertanyaan itu. “Hmm?”

“Idin tak pernah cerita pasal yang lain ke?”

Iklil tersengih sambil menggeleng. “Iklil yang tak tanya, ma..”

“Betul ni Iklil tak nak minum Nescafe?” Hajjah Khalilah bertanya lembut. Tangannya mencapai mug di meja sisi dan menghirup air sekali. Gelengan Iklil dibalas dengan senyuman.

“Ma,”

“Mmm... Hmm..?”

“Ma.. Abang, masa kecik-kecik dulu macam mana, ma?”

Hajjah Khalilah ketawa perlahan. Spek mata ditanggalkan dan diletakkan di atas meja sisi. Dia mengiring ke arah Iklil yang tersenyum malu.

“Idin?”

Iklil mengangguk laju, mengetap bibir. Tawa Hajjah Khalilah kedengaran lagi, membuatkan Iklil tersengih malu.

“Abang Iklil tu masa kecik-kecik macam budak nerd.”

Terjungkit kening Iklil seakan tidak percaya dengan kenyataan itu.

“Senang jaga Idin sebab dia pandai jaga diri sendiri. Dalam semua adik-beradik, Idin tak banyak kerenah. Apa yang dia dapat, itu yang dia terima.”

Iklil mengangguk beberapa kali.

“Dia tak suka gaduh atau rebut apa-apa dengan yang lain. Banyak mengalah. Idin tak banyak cerita masa kecik-kecik dulu, Iklil. Semua dia pendam je. Bila dah besar ni baru dengar sikit suara dia.”

Hajjah Khalilah tersenyum lebar, seronok membuka hikayat anaknya. Terasa seperti baru semalam dia melihat jatuh bangun Idin mengayuh basikal. Tapi hari ini anaknya itu sudah besar panjang malah telah pun mempunyai tanggungjawab. Lima orang anak lelaki, masing-masing berbeza sikap dan perwatakan. Namun dia bahagia membesarkan kelima-lima mereka. Hajjah Khalilah tersenyum lagi..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Sesaat kemudian kedengaran humming Srikandi Cintaku. Perlahan mengikut rentak asal. Idin yang sudah beberapa minit berdiri di depan pintu bilik tersenyum. Matanya meliar ke serata bilik. Tersenyum lagi dia saat batang tubuh Iklil singgah di matanya.

Gadis itu leka melayan perasaan di hujung balkoni. Bangku panjang berwarna coklat gelap itu menjadi tempat dia bertapa. Perlahan langkah diatur menghampiri Iklil. Sepi malam membuatkan humming dari seulas bibir gadis itu kedengaran jelas. Makin lebar senyuman Idin.

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi srikandi cintaku

Rangkap terakhir dinyanyikan Idin perlahan, mematikan humming yang hampir sampai ke hujung. Iklil tersentak. Pantas dia bergerak sedikit ke hujung bangku, menepuk perlahan ruang kosong di sisinya.

“Come.. Have a seat” Iklil tersenyum sedikit.

Berkerut dahi Idin melihatkan reaksi yang tak disangka itu.

“Come la..”

Pantas tangan Idin ditarik Iklil lembut. Segaris senyuman terukir di wajahnya. Idin terpana. Dia berdehem sedikit setelah dia duduk selesa di bangku panjang itu.

“Lama dah abang balik?” Tanya Iklil lembut. Sekali lagi Idin terpana. Awak terkejut? Letih tau orang praktis sementara tunggu awak balik dari masjid.. Iklil diam menyembunyikan senyum..

“Iklil dah makan?”

Iklil pusing tepat ke arah Idin. Idin menepuk dahi perlahan, tersengih malu. Iklil tersenyum lebar. Bukan ke kita dah makan sama-sama lepas maghrib tadi.. Iklil menggeleng sekali.

Tadi bukan main lagi menyanyi, tapi sekarang... hahah! Iklil ketawa kuat dalam hati. Matanya mengerling Idin yang mencuri pandang ke arahnya.

“Tengok je la bang.. Tak kena bayar pun. Duty free.”

Idin tersengih sedikit sebelum tawanya meletus. “Pandai laa..”

Bahu isterinya ditarik lembut. Mereka duduk bertentangan. Mata bertentang mata. Masing-masing tak mahu mengalah. Perlahan-lahan Idin merangkul leher Iklil, menarik isterinya rapat ke dada.

“This is just.. Herm.. Too good to be true..” Bisik Idin lembut.

Iklil tersenyum. “Dare to dream,” Gadis itu membalas mesra. Malam menjadi saksi pasangan suami isteri itu beradu mata mencari makna kasih yang tersirat..


Dua telapak tangan bertaup erat. Idin dan Iklil, masing-masing sedang bersantai di sisi kolam. Terjuntai kaki mereka ke dalam kolam ikan Hajjah Khalilah. Sesekali kedengaran tawa mereka berdua. Sesekali berkocak hebat kolam itu bila sekumpulan ikan koi berebut breakfast masing-masing. Terdapat beberapa jenis ikan koi dalam kolam yang besar itu.

“Bang,”

“Mmm?”

“Ikan koi apa je yang mama bela ni, bang?”

“Kalau tak silap ada tiga jenis je dari family Gosanke.”

“Mmm hmm..”

“Iklil nampak tak tiga ketul sebelah ni, warna putih corak merah-merah oren tu?” Telunjuk Idin mengunjukkan ke arah beberapa ekor ikan yang seronok berenang berhampiran mereka.

“Hmm yang tu nama diorang Siti, Nur dengan Haliza..”

“Abang!”

Bulat mata Iklil memandang Idin yang tersengih-sengih. Pantas sahaja dia menampar lembut peha Idin, tahu lelaki itu sedang mengusik.

Hahaahh. Idin ketawa lepas. “Kohaku. Dia termasuk dalam family Gosanke. Kalau Iklil nak bagi nama kat diorang, my pleasure..”

Iklil mencebik. Tangan kirinya dalam telapak tangan Idin dihayun perlahan. Mengarut je nak bagi nama sekor-sekor. Kalau tiga, empat ekor je takpe jugak..

“Emm abang, yang tu yang warna putih tu?”

“Mana? Yang ada corak merah hitam tu?”

“Yup..”

“Aaa.. yang tu sanke. Kalau yang banyak hitam corak merah putih tu, nama dia showa..”

“Ohhhh... Pandai jugak ea abang pasal ikan koi ni,”

“Ei. See the brain la..” Idin menjungkitkan keningnya sekali.

“Kepala tu kalau transparent boleh jugak nak tengok otak,” Iklil menggumam perlahan.

Terkekek Idin mendengarkan suara halus itu seakan berbisik. “Nak ngata depan-depan la..” Idin merangkul bahu Iklil, menarik isterinya itu rapat ke sisi.

“Comel kan bang,”

“Siapa? Abang?”

Iklil menjegilkan matanya sedikit. Perasan tau. Kalau awak, bukan comel... tapi smart, menawan.. heheeehh.. Iklil ketawa perlahan.

“Cute sangat ikan-ikan mama ni kan bang.. Banyak pulak tu. Semua sihat-sihat..”

“Mmm.. Dulu walid yang addicted dengan ikan koi. Kolam besar ni pun walid yang beriya nak buat. Sekarang, kolam ni la yang paling mama jaga sebab banyak kenangan mama dengan walid dekat sini..”

“Mesti romantic walid dengan mama..”

Idin tersenyum lebar. Rangkulannya makin dieratkan.

“Sayang nak tau tak.. Dekat Jepun, ikan koi ni diorang panggil ikan samurai..”

“No kidding? Tak nampak macam gaya samurai pun,” Iklil ketawa perlahan.

“Iya.. Sebab dekat sana ikan ni ikan yang paling berani. Ikan pemberani orang kata,”

Terangguk-angguk Iklil mendengar.

“Tak susah nak jaga ikan koi ni. Semua benda diorang makan. Iklil campak je apa-apa, semua diorang rebut.”

“Macam kita campak double-decker tadi, kan.. Habis satu packet ni..” Iklil menayangkan bungkusan keropok double-decker yang telah kosong pada Idin.

Lelaki itu mengangguk laju sambil tersengih nakal. “Pandai salahkan ikan.. Iklil yang dok ngunyah dari tadi..” Usik Idin dengan tawa nakal.

“Abang,”

“Mmm hmm..”

Iklil menjarakkan dirinya sedikit dari Idin.

“Iklil nak interview abang, boleh?” Gadis itu sudah pun bersila di sisi suaminya. Tubuh Idin ditarik sedikit, mengarah kepadanya. Lambat-lambat Idin bergerak, duduk setentang dengan isterinya.

“Boleh tak bang? Yang pelik semacam ni kenapa?” Wajah Idin yang terkebil-kebil dipandang dengan kerutan di dahi.

Baru cakap nak interview dah macam ni, belum mintak yang lain lagi.. Iklil menggeleng sedikit. Bulat matanya memandang Idin yang sudah tersengih. Sesaat kemudian kedengaran tawa Idin menampar telinganya.

“Abang pulak.. Iklil la yang pelik tiba-tiba nak interview abang,”

“Okay, bukan interview la.. Kita tukar term..”

Idin menjungkitkan keningnya sedikit. Iklil tersenyum.

“Jom borak-borak..”

“Okay,”

Iklil tersengih. “Ab—”

“Iklil sayang abang tak?”

Mati sengihan Iklil. Orang nak cakap, dia dah potong dulu.. Geram ni, geram. Tanya soalan maut pulak tu..

“Abang.. Iklil yang nak interview abang tau..”

“Eih kata dah tukar term. Bila borak-borak, tak kisah la siapa yang nak tanya dulu and siapa yang nak cakap dulu... Right?”

Iklil mencebik sedikit. “Abang, dengar la ni dulu..”

“Okay my dear,”

Idin mengusap pipi isterinya sekali sebelum tersenyum. Senyuman yang sama seperti dulu.. Senyuman yang membuatkan Iklil menjadi admirer bakal suaminya sendiri dalam tak sedar. Percaturan Illahi yang tak dapat ditandingi barangsiapa pun. Iklil membalas mesra.

“How old are you, my dear?”

Idin ketawa kuat. “That sound I’m way older than you..”

Iklil tersengih. Kepalanya digelengkan sekali.

“A- 32, B- 31 and C- 30..”

“C.”

“Tak jauh pun beza.. Tiga tahun je..” Iklil tersenyum.

“Ya, ya.. Okay next..”

“Abang, mama ada cerita abang pernah belajar medic.. Is it?”

“Mmm hmm.. Almost six years kat Mesir.”

“Then?”

“Extend final year..”

“Sampai bila?”

“Sampai bila-bila abang rasa nak sambung balik,”

Ringkas jawapan Idin. Iklil terangguk sedikit. Garis halus terlukis di dahi gadis itu.

“Oh boleh ea? I never know..”

“Special condition in a special U for an extra special person..”

Ahah! Heheheeeh.. Iklil ketawa lepas. Perasan. Sangat perasan. “Ala bang, kawan sekolah Iklil pun ada yang extend study. Tapi dia baru second year. Belajar dekat Mesir la jugak. Tapi bukan extend sampai bila-bila yang dia suka. Ada la time limit. Kawan Iklil tu ambik Syariah. Tapi, I never know medic student pun allowed to do so..”

“Sayang nak ikut abang balik Mesir?”

Penat cerita panjang lebar, lain pulak respond yang dia bagi.. Iklil terdiam seketika, memikir.

“Study comes first, sayang.. Iklil dah nak grad dah pun, kan.. So do I.. Kes abang ni, kita pikir lain kali. Ada banyak lagi masa nak pikir..”

“Iya?” Iklil menayangkan wajah musykil mendengarkan kata-kata itu.

“Yes my dear..” Idin bingkas bangun. Tangan Iklil ditarik lembut. “Dah jom masuk.. Lepas ni nak balik dah..”

“Hermm.. Rindula kat mama nanti..”

Idin tersengih. Pipi Iklil dicubit sedikit. Gadis itu yang sudah tegak berdiri di sisi suaminya terjerit sedikit. Pantas tangannya mengusap pipi.

“Lain kali sebelum cubit tu bagi la hint dulu..”

“Nak buat apa? Pasang kuda-kuda?”

Tawa Iklil dan Idin bersatu. Nakal tau abang ni! Iklil menjegilkan matanya sedikit. Tersenyum lebar gadis itu, merangkul erat lengan suaminya. Beriringan mereka melangkah, meninggalkan kolam indah berhiaskan ikan koi pelbagai corak dengan keladi bunting dan teratai menjadi tempat persembunyian sang ikan. Taman berkonsep ala Jepun yang sederhana luas di sayap kanan Impian Walid ini menjadi saksi harapan keabadian kasih suci yang tak berbelah bagi..


“Iklil, hurry up dear..” Laung Idin dari pintu rumah. Lehernya dipanjangkan mengintai sang isteri. Tak kelihatan bayang Iklil di mana-mana.

“Iklil!!” Sekali lagi Idin melaung kuat. Gaya macam nak pass bola atas padang.

“Ya, ya.. Coming!!” Balas Iklil, terburu-buru berlari turun dari tingkat atas. Zip beg galas belakang dibuka sedikit dan dia menyumbat sebatang pen hitam, pensel 2B dan kad matrik ke dalam beg.

“You’re getting late, honey..”

“Eihh.. You’re not helping at all..”

“Nah,”

Ikllil tersengih lebar. Tangannya menyambut huluran Polo hitam berbunga merah daripada suaminya.

“I take back my words. Nanti Iklil belanja abang Secret Recipe ea..” Iklil mengerdipkan matanya sekali.

Idin tersenyum. Tangan kanannya diangkat sedikit, mengusap kepala isterinya.

“Kasut Iklil ni macam kasut ballet la..”

Iklil ketawa perlahan. Beg galasnya dibetulkan sedikit sebelum dia tunduk menyarungkan kasut.

“Lain kali, dah tau ada test, kunci jam awal-awal.. Tak pun bagitahu dekat abang. Boleh abang kejut Iklil. Takde la kalut macam ni..”

“Okay, boss!” Iklil mengangkat tabik hormat pada Idin. Lelaki itu menggeleng perlahan.

“Suka main-main tau sayang ni. Sebab tu la kalut je hari-hari. Tiap-tiap pagi mesti kelam kabut..”

Iklil tersengih mengetap gigi.. Ohh oh. That doesn’t sound good..

“Iklil, Iklil..”

“Aaa.. Tak mau la marah-marah. Tak tenang Iklil nak buat test nanti,” Iklil menayangkan wajah sedih. Bibirnya dicebikkan sedikit. Prof Sally ni pun satu. Test awal sem postpone sampai nak dekat hujung sem.. Weekend pulak tu. Mana la orang nak ingat..

“Bila pulak abang marah ni..” Idin mara menghampiri Iklil. Bahu isterinya dipaut mesra. “Lain kali kasut tu beli yang ada heel sikit..”

“Yeihhh.. Takde kena mengena pun dengan topic kita yang tengah hot sekarang ni..”

Idin tersengih sedikit sebelum dia ketawa lepas. “Dah jom. Abang kenal Prof Sally tu. Kawan lama mama.. Lambat sampai kang, Iklil kena bambu dengan dia, abang tak jamin.” Usik Idin. Lelaki itu tertawa lagi melihatkan wajah kelat isterinya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Iklil, jadual final nanti give me a copy, ya.”

Tak habis lagi rupanya.. Iklil tersengih lebar. Kepalanya dianggukkan beberapa kali. Jari jemari lincah menekan papan kekunci Samsung merahnya.

“Jangan angguk je,”

“Yes, abang. InsyaAllah..”

Idin tersenyum sedikit. “Next time kalau Iklil susah sangat nak bangun, tahulah abang nak buat apa..” Gertak Idin seakan memberi amaran kepada anak kecil. Tawa perlahan Iklil disambut dengan segaris senyuman. Mata dikerling sekilas ke arah Iklil sebelum dia kembali menumpukan perhatian kepada pemanduannya.

“Abang nak buat apa?”

“Ada la..”

“Nak kejut Iklil macam hari tu?”

Idin ketawa lepas. “Iklil tidur cute sangat tau. Macam baby.”

Iklil tersedak. Terbatuk-batuk dia seketika. Pantas Idin mengusap belakang isterinya perlahan dan sepantas itu juga Iklil menjauh sedikit, cuba mengelak dari sentuhan itu. Idin ketawa nakal.

“Next week Iklil pindah master room tau,”

“Kenapa next week?” Berkerut dahi gadis itu sedikit. Kepalanya dipaling menghadap Idin.

“Habis tu? Malam ni?”

“Next week, next week..” Pantas Iklil membalas. Dia tersengih sedikit.

“Iklil call Nini ke?” Idin memalingkan kepala saat kereta itu berhenti di lampu isyarat.

“Mmm.. Dari tadi tak dapat-dapat, bang..” Ada nada resah di situ.

“Dah cuba call rumah?”

“Belum,” Pantas Dinie menekan speed dial yang telah disetkan nombor rumah Nini. Telefon bimbit itu dilekap ke telinga beberapa ketika kemudian.

“Assalamualaikum, Nini..”

“Ha, awak.. Waalaikumussalam..”

“Aduuhhh.. Payahnya nak dapat Nini ni. Kenapa off handphone, wak?”

“Bateri out la sayang.. Charger dekat atas pulak. Malas Nini nak turun naik. Tak larat..”

Tersengih Iklil mendengarkan balasan itu. Terbayang Nini yang sedang sarat ketika ini.

“Awak dah nak keluar ke? Kita datang ambik la ea.. Tak payah la Nini drive hari ni..” Iklil menjungkitkan keningnya sekali pada Idin. Suaminya mengangguk beberapa kali, faham dengan isyarat itu. Tak sampai sesaat kereta itu kembali meluncur di jalan raya.

“Okay, nanti kita tunggu dekat bus stand,”

“Eh takyah, takyah.. Nini jangan pergi tunggu dekat bus stand tu. Iklil datang dekat rumah Nini,”

“Lahaii kan dekat je bus stand tu,”

“No, no.. Dekat tak dekat. Nini jangan nak jalan merata. Tunggu dekat rumah je tau. Okay..”

Pantas Iklil menamatkan panggilan sebelum sempat Nini membalas.

“Sayang, bus stand tu kan betul-betul dekat sebelah rumah Nini je.. Itupun nak gaduh. Macam budak kecik tau..” Idin mencuit pipi Iklil sedikit. Iklil pantas menoleh.

“Yeke?”

“Iye la.. Ingat abang tak tahu ke?”

“Macam mana abang tahu?”

“Dah berapa kali abang singgah rumah Lutfi tu, sayang oii..”

Iklil ketawa lepas, sedar silap sendiri. Dek kerana terlalu risaukan Nini, dia terlupa kedudukan bus stand yang tidak sampai sepelaung dari rumah kawan baiknya itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Nini, Lutfi dah bagitahu flight pukul berapa?”

“Tak pulak.. Lutfi pesan semalam, datang lepas zohor sebab dia takut flight delay lagi macam last time..”

Idin terangguk-angguk seketika.

“Lutfi balik hari ni ke?”

Nini menepuk dahi. Idin mengucap panjang.

“What?” Salah soalan ke?? Iklil terpinga-pinga.

“Idin, jangan kata you bagi your wife makan semut hari-hari..”

“Can’t help it... her favourite dishes,”

“Abang..!”

Terjerit kecil Iklil bila sedar dirinya dijadikan bahan gurauan. Matanya mencerun memandang Idin. Lelaki itu tersengih, menjungkitkan keningnya sekali pada Nini yang sudah ketawa lepas. Kelat wajah Iklil saat itu.

“Senyumla sikit sayang, nanti tak tenang nak buat test kang...”

“Iklil, Nini tunggu kat depan sana ea,” Memuncung Nini ke arah tempat duduk di hadapan fakulti mereka. Tersenyum dia pada Idin sebelum matanya dikerdipkan sekali. Pintu kereta dibuka dan berhati-hati Nini melangkah keluar setelah melihatkan anggukan Iklil.

“Bang, Iklil turun dulu..”

“Marah ke ni?”

“Nope,”

“Serius? Tak senyum pun. Pandang abang pun tak nak..”

Iklil memalingkan wajahnya sedikit. Lambat-lambat kepalanya didongakkan menghadap Idin.

“Laa.. Apa nangis-nangis ni.. Tak jawab test lagi, dah nangis..” Pantas jari jemari kasar Idin menyapu air mata yang mengalir di pipi isterinya.

“Bukan Iklil nak nangis.. Dia yang nak keluar..”

Tertahan-tahan suara itu membuatkan Idin tersenyum simpul, menahan tawa.

“Dah, dah.. Malu orang tengok.. Nanti diorang ingat abang dera Iklil pulak..”

Iklil ketawa perlahan dalam tangis yang masih bersisa. “Iklil takut..”

“Takut nak jawab test?”

Iklil mengangguk laju. Idin tersenyum sedikit. Tangan Iklil dicapai dan dielus lembut.

“Iklil dah study, kan?”

Iklil mengangguk sedikit. Seketika kemudian dia menggeleng laju. Berkerut dahi Idin melihat jawapan kurang yakin itu.

“Iklil,” Panggil Idin lembut.

“Iklil takleh nak study. Bobby bising every night this whole week..”

Idin terdiam. Tak sampai sesaat meletus tawa dari bibir merah itu.

“Bobby, Bobby punya cerita la.. Iklil concentrate dekat study..”

“Dah dia bising, macam mana Iklil nak concentrate..”

“Herm.. Kesian anjing Uncle Seva. Dia pulak yang kena blame.. Dia bukan tahu apa-apa pun..”

“Abang,” Keluar nada protes Iklil. Bobby ni pun satu!

“Itu la. Iklil yang suka dok bilik belakang tu, kan? Cuba kalau Iklil pindah master room kat depan, sekali dengan abang.. Takde jadi macam ni.. Abang santai je every night. Siap layan movie lagi. Takde pun dengar suara Bobby..”

“Ye la, ye la.. Malam ni jugak Iklil pindah,”

Idin tersentak. Satu jawapan yang seakan memberi seribu rahmat. Lelaki itu tersenyum lebar.

“Come here,”

Idin menarik Iklil rapat padanya. Bahu Iklil dipaut erat. Wajah kemerahan itu ditatap dalam-dalam. Seketika kemudian lincah tangannya membetulkan lipatan tudung isterinya. Kedua-dua belah pipi Iklil dipegang lembut. Lambat-lambat sebuah ciuman hinggap di dahi gadis itu. Iklil tersipu malu.

“Best of luck my dear. Selawat banyak-banyak.”

Iklil mengangguk beberapa kali. Tangan kanan Idin diraihnya pantas. Perlahan-lahan dia tunduk, bersalaman dengan suaminya itu. Iklil mendongakkan kepalanya semula dan Idin mengusap lembut kepala isterinya.

“Iklil.. Nanti bagitahu dekat Nini, lepas zohor kita datang rumah Nini and terus pi airport.. Okay?”

“Mmm hmm..” Iklil mengangguk beberapa kali. Pintu kereta dibuka dan dia melangkah keluar.

“Don’t worry, sayang. Kalau test ni tak okay, abang still boleh jaga Iklil..”

Pulak dah?! Hari tu beriya kata, study comes first.. Iklil mencebik sedikit. Tawa nakal Idin yang menampar telinganya membuatkan gadis itu mengalihkan pandangannya, memandang tepat pada Idin dari cermin kereta yang terbuka sedikit.

“Selawat banyak-banyak, jangan lupa..”

“Iklil!!”

Iklil dan Idin, masing-masing mengalihkan pandangan ke arah Nini. Bakal ibu itu sedang bercekak pinggang sambil menayangkan jam di pergelangan tangannya.

“Abang la ni.. Bagi amanat panjang lebar. Kalah penyimpan mohor besar raja-raja..” Iklil tersengih mengerdipkan matanya. Idin ketawa lepas. Mereka berbalas salam sebelum Volkswagen GTI Idin meluncur laju.

Iklil melangkah menghampiri Nini dengan senyuman tak lekang dari bibirnya. Seakan terbakar semangatnya untuk menghabiskan semester akhir dengan keputusan yang cemerlang. Iklil tersenyum lagi..


“Iklil,”

Iklil yang sedang rancak berbual dengan Nini menoleh pada suaminya di sisi.

“Abang pergi restroom kejap ea,”

Iklil pantas mengangguk. Idin bingkas bangun.

“Tak nak ikut?”

Bulat mata Iklil, terjegil sedikit pada suaminya. Idin ketawa lepas, mengerdipkan mata sekali pada Nini yang tersengih.

“Tengok la tu Nini.. Macam budak-budak..” Iklil meleretkan pandangan pada Idin yang berlalu pergi dengan tawa yang masih bersisa.

Nini tersengih lebar menggelengkan kepala. “Saje la nak manja-manja maknanya tu,” balas Nini lembut. Senang hati dia melihat pasangan itu.

Iklil mencebik. Tangannya mengusik-usik Samsung SGH-U600 di atas meja, alat penghubung yang sangat bermakna buat suaminya. Beriya Idin hendak membeli telefon bimbit yang sama pada awal usia perkahwinan mereka hampir empat bulan yang lalu. Letih bertikam lidah, kesudahannya dia diberikan Samsung garnet red itu yang hampir menyerupai telefon bimbitnya sebelum ini. Hanya warnanya sahaja yang berbeza.

Tersenyum Iklil mengenangkan ragam suaminya. Makin lebar senyuman itu saat matanya melihat pada dua biji Samsung merah yang elok tersusun bersebelahan di atas meja.

“Wallet abang tertinggal dalam kereta la Iklil,”

Suara Idin yang muncul tiba-tiba membuatkan Iklil mengurut dada perlahan. Idin tersengih sedikit melihatkan reaksi itu. Sudah diduga isterinya akan terkejut. Tangannya pantas mencapai salah satu telefon bimbit di atas meja, yakin itu miliknya.

“I’ll be back soon.”

Iklil mengangguk laju. Langkah Idin dihantar dengan lirikan matanya. Tak lepas dipandang biarpun hilang bayang lelaki itu di matanya.

“Dah tak nampak bayang pun wak..” Usik Nini, menepuk lembut lengan Iklil. Iklil ketawa perlahan.

“Lepas ni bolehla kita berbesan, wak..”

Iklil yang terpinga-pinga mula menjegilkan mata bila dia dapat menangkap makna kata-kata itu. Nini tersenyum meleret. Lengan Iklil ditepuk lembut.

“Lutfi cuti berapa lama Nini?” Tanya Iklil penuh semangat, cuba mengubah hala perbualan mereka.

“Takde cuti pun actually.. Saja Lutfi balik sebab katanya class on Tuesday till Thursday je,”

Terangguk-angguk Iklil seketika. Lutfi ni memang rajin balik. Gaya macam dari Sijangkang nak balik KL je... tak kisah keluar duit asal dapat jumpa buah hatinya itu.

Iklil menguntum senyum memandang Nini. Dua sahabat itu menyambung perbualan sehinggalah Samsung di atas meja bergetar. Garis halus mula terlukis di dahi Iklil sebelum dia menganggukkan kepala pada Nini yang memberikan isyarat hendak ke ladies berhampiran.

“Herm.. Abang silap ambik phone la ni..” Gumam Iklil sambil tangannya mencapai handphone di atas meja, melihat nama pemanggil.

hunny bunny

Hunny bunny? Who’s hunny bunny? Bertambah kerutan di dahi Iklil.

“Assalamualaikum,” salam diberi sebaik sahaja panggilan bersambut.

Iklil tersengih lebar mendengarkan suara itu.

“Abang... curik handphone orang!” usik Iklil. Tawa Idin yang menampar telinga membuatkan dia tersenyum senang.

“Silap ambikla,”

“Beli lagi yang sama-sama,”

“Eh, ikut suka abangla..”

“Set nama orang hunny bunny pulak tu. Nak kena ni..”

Idin ketawa lagi. “Dah tu nak abang tukar bugs bunny pulak?”

“Ehm okay what.. Corporate mascot Warner Bros tu..” Balas Iklil manja. “What’s up, doc?” Dia ketawa lepas sebelum menyambung kata, meniru gaya bugs bunny.

Idin menyambung tawa Iklil. Ada rasa geram mendengarkan usikan itu. Kalau Iklil ada di depan mata pasti isterinya itu takkan terlepas.

“Tak jumpa kereta ke bang?”

“On my way back to Food Garden la ni sayang oii.. Abang nak tanya ni, Iklil takde beli paper kan hari ni?”

“Mm hmm..”

“Okay, abang rembat The Star eah..? Atau sayang nak NST?”

“Mana-mana pun okay je bang.. Jangan terambik Tamil Nesan dah. Free gift to Uncle Seva je la maknanya nanti..” Balas Iklil penuh gurauan sebelum mereka menamatkan perbualan.

Idin tersengih lebar, menggelengkan kepala. Semakin lama dia bersama Iklil semakin dia mengenali isterinya itu. Tak kering gusi bila berdua.

Sementara itu Iklil pula menyambung tawa perlahan. Nini yang makin menghampiri memandang dengan kerutan di dahi.

“Siapa?” Sepatah pertanyaan daripada Nini mengundang senyum di bibir Iklil.

“Siapa lagi.. my beloved hubby la..” Iklil tersengih lebar. “Abang kita tu silap ambik handphone la Nini..”

Nini ketawa perlahan. “Ada-ada je. Dah tu mananya dia tak sampai-sampai lagi ni?”

“Singgah beli paper jap,”

Terangguk-angguk Nini mendengar.

“Nini nak minum tak?”

Nini mengangguk laju, tersengih lebar. “Kita baru ingat nak tanya Iklil..”

Iklil turut tersengih. “Nini nak minum apa? Iklil pi beli..”

“Sirap bandung. Kita share je la ye wak. Nini bukan nak minum pun. Saje ngada-ngada..”

“Baby yang nak la tu..” Iklil tersenyum senang. “Kita pi beli jap ye wak..” Dia bingkas bangun dan berlalu pergi. Getaran telefon bimbit dalam genggaman mematikan langkah Iklil. Matanya memandang tepat pada skrin telefon bimbit itu.

1 New Message

Iklil tersengih menggelengkan kepala. “Apa lagi la abang ni..”

din, bila nak bawak adik datang rumah? budak2 ni dok tanya aunty dia mana.. aku pun dah lama tak tengok adik tu.. rindu plk.. heh. ko jgn plk kata kat adik, aku yg ajak dtg. feel free gve me a cal..?

Sender : amin
+0193415161

Iklil menghela nafas. Tak disangka Idin berhubung dengan Amin. Dia keliru dengan sikap ambil berat yang ditunjukkan abang Amin. Dalam masa yang sama dua wajah anak buahnya, Nabilah dan Nuha bermain di mata.

Kali terakhir mereka bertemu adalah pada awal tahun ini. Sewaktu dia menjemput Amin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu. Abang Aminnya yang juga juruterbang Malaysia Airlines (MAS) baru sahaja pulang dari Rome. Pada hari perkahwinan dia dan Idin, dua beradik itu terkurung di rumah kerana masing-masing terkena demam campak. Abang Amin pula hanya datang sewaktu majlis akad nikah kerana menjadi wali. Selepas itu dia terus pulang, menjaga dua orang puterinya itu.

Hampir lima tahun abang Amin berkahwin dengan kak Tina. Sayangnya rumahtangga yang dibina atas dasar cinta itu tak kekal lama. Entah di mana silapnya, kak Tina lari dari rumah dan minta dilepaskan. Beberapa bulan selepas itu kak Tina berkahwin lain. Kata ayah Amat, kakak iparnya itu menduakan abang Amin.. Entahla.. Nabilah dan Nuha pula ditinggalkan pada abang Amin. Hanya sesekali kak Tina datang menjenguk. Itu pun hanya untuk beberapa minit sehinggakan Nabilah dan Nuha, masing-masing sukar untuk mendekati ibu mereka. Iklil menggeleng kesal. Percaturan hidup, tak siapa yang tahu..

“Ei, buat apa termenung dekat sini?”

Sentuhan di bahu mengejutkan Iklil. Entah bila dia terduduk di atas kerusi di ruang makan tengah itu. Suasana hingar di dalam Food Garden sedikit pun tak menganggu lamunannya. Hanya bila Idin datang menyapa barulah dia pulang ke realiti.

“Kesian Nini tunggu sirap bandung dia tak sampai-sampai..”

“Ya Allah! Iklil terlupa..”

Iklil bingkas bangun dan maju ke depan. Sesaat kemudian dia menoleh semula ke arah Idin.

“Call abang Amin,”

Samsung dalam genggaman bertukar tangan. Iklil pantas berlalu meninggalkan Idin termangu-mangu. Pantas lelaki itu menilik telefon bimbitnya. Matanya memandang tepat pada skrin telefon bimbit, membaca baris-baris ayat yang terpapar di situ.

Idin menghela nafasnya perlahan. Sesuatu perlu dilakukan. Kekeruhan hubungan Iklil dan Amin perlu diperbetulkan. Idin mendongak mencari bayang sang isteri. Tersenyum dia sedikit mengharapkan sinar untuk hari esok..


“Mahal tau makan dekat sini.. Sirap bandung ni je RM4.50..”

“Macam baru first time datang sini..”

“Memang la bukan first time.. Sebab dah banyak kali tu la rasa geram sangat..”

“Takat Iklil rasa geram je, tak ubah pun harga tu sayang..”

Iklil mencebik. Laju langkahnya diatur meninggalkan Idin beberapa tapak di belakang. Makin bertambah geram dengan balasan yang tak memihak padanya. Idin tersengih lebar sambil menatang dulang yang hanya berisi segelas sirap bandung. Suka melihat wajah isterinya yang berkerut-kerut menahan geram.

“Iklil beli sirap bandung satu ni je ke? Sayang tak nak makan?”

Iklil menggeleng laju.

“Sirap bandung segelas je tapi bawak dalam tray..”

Iklil tersengih. Dia berkalih ke belakang, mengerling sekilas pada suaminya.

“Macam waiter la, bang.. Sesuai..”

Ahahah! Gadis itu ketawa lepas. Idin hanya tersenyum. Langkahnya bertukar arah.

“Eh abang nak pergi mana pulak?”

“Nak beli soto—”

“Soto?” Iklil memintas laju. Idin menjungkitkan keningnya sekali. “Datang sini makan soto, rugi je tau bang. Dah la harga pun mahal. RM6.50 isn’t worthed dengan soto yang togel je tu..”

“Togel?”

Berkerut dahi Idin memandang isterinya. Iklil mengangguk laju. Kedua-duanya mula berdebat di tengah laluan.

“Kenapa togel pulak.. Kan ada isi dalam tu..”

Iklil menggeleng laju dengan kerutan di dahi. Idin menahan senyum. Nampak comel wajah itu di matanya.

“Mahal bang.. Lebih baik abang beli laksa je. Boleh Iklil tumpang semulut dua..” Iklil tersengih, menjungkitkan keningnya sedikit. Pecah tawa Idin.

“Pandai la dia.. Nak makan jugak rupanya..”

Iklil tersengih lebar. “Tak pandai takdela orang nak kahwin dengan kita..” Usik Iklil manja, mengerdipkan matanya sekali pada Idin yang sudah menyambung tawa.

“Sayang pi dok dengan Nini dulu, jap lagi abang datang..” Idin menyusun kata sesudah tawanya bernoktah. Gelengan Iklil membuatkan dia tersengih lebar.

“Tak nak pulak? Tadi jalan laju je, gaya macam tak sempat-sempat nak sampai..”

“Ala sekejap je,”

“Sebab sekejap tu la abang suruh Iklil pergi dulu. Kesian Nini sorang-sorang tu. Lama dia tunggu sebab ada orang tu dok berangan pulak tadi..”

Pecah tawa Iklil. Pantas dia menekup mulutnya dengan telapak tangan kanannya.

“Teruk tau.. Perli orang pulak..”

Idin tersengih. “Dah, dah.. Jalan dulu. Jap lagi abang datang balik sana,”

Iklil mengangguk sekali. Tangannya dihulurkan pada Idin. Dulang coklat bertukar tangan. Mereka berbalas senyum seketika sebelum langkah Iklil dihantar dengan pandangan mata Idin.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Eish.. Malu la orang tengok..”

“Nak buat apa malu.. Halal tau ni..”

Makin erat rangkulan Idin di pinggang Iklil. Iklil di sisi masih lagi berusaha menepis tangan suaminya.

“Malu la abang sayang ey..”

“Haluuurr.. Sini bukan Paris tau. Rome pun bukan..”

Suara sindiran manja Nini kedengaran di sebelah kiri Iklil. Pantas Idin meleraikan rangkulannya. Tersengih dia pada Nini yang beriringan dengan Lutfi. Lelaki itu yang sedang menolak troli ketawa perlahan.

“Beg besar-besar, barang banyak-banyak, lari dari rumah ke Lut?”

Lutfi ketawa lepas, mendengarkan kata-kata Idin. Dia memandang sekilas pada isterinya dan barang-barang di dalam troli sebelum berkalih pandang pada pasangan suami isteri itu.

“Rasanya aku dengan Nini yang patut ada priority guna travellator tu tapi korang pulak yang sedap langkah bendul, ya..” Balas Lutfi tanpa menjawab usikan Idin sebentar tadi. Idin dan Iklil ketawa lepas, tak sedar mereka sudah pun melangkah ke situ.

“Jalan belakang aku sudah.. Bukan ada orang pun,” Idin ketawa lagi. Dia dan isterinya berjalan beriringan, meninggalkan Lutfi dan Nini yang sudah menyambung perbualan. Agak jauh mereka meninggalkan pasangan itu. Masing-masing faham terlalu banyak yang hendak dikongsi bakal ibu bapa itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Eih? Tak sampai-sampai lagi ni. Pelik. Sesat ke apa Lutfi dengan Nini..”

Berkerut dahi Iklil sambil matanya meliar ke serata lot tempat letak kenderaan itu. Idin di sebelahnya menyandar ke sisi kereta. Dari menunggu di dalam kereta, masing-masing menapak ke luar pula.

“Takdenya nak sesat.. Nini kan tahu kita parking dekat sini, tadi..”

Lambat-lambat Idin membalas. Tangannya menarik perlahan lengan Iklil, mengarahkan isterinya itu turut bersandar di situ.

“Iklil,” panggil Idin lembut.

“Mmm hmm..?” Iklil membalas perlahan. Mata masih lagi tercari-cari susuk tubuh kawan-kawan baiknya.

“Iklil..”

“Emm..”

Iklil berpaling ke sisinya. Wajah suaminya menjamah mata. Keningnya dijungkitkan sekali.

“Meh sini,”

Dari bersandar, Iklil beralih posisi ke hadapan Idin. Bertentangan mereka tika ini. Lengan Iklil yang ditarik perlahan membuatkan gadis itu berdiri tegak, mematung di hadapan suaminya.

“Iklil..”

“Mm hmm..”

“Esok kita pergi rumah abang Amin.. Mm?”

Idin mengangguk sedikit mengharapkan persetujuan isterinya. Mata beradu mata seketika. Iklil diam, memikir.

“Emm?”

Idin menggoyangkan tangan Iklil dalam genggamannya perlahan. Lambat-lambat gadis itu mengukir senyum.

“InsyaAllah..” Sepatah jawapannya disertai senyuman yang nampak jujur dari hati.

“Alhamdulillah..” Balas Idin.

“Apa?”

“Hamdan lillah, Syukran lillah..”

Idin menarik laju tangan isterinya, mengarahkan tubuh langsing itu rapat padanya. Pantas Iklil menghadang. Tangannya merentangi dada bidang Idin.

“Call abang Amin, sayang..”

Idin tersenyum nakal. Telefon bimbitnya diunjukkan pada Iklil. Iklil diam, memandang Idin tanpa kelip. Lelaki itu tersenyum, mengerdipkan mata sekali. Iklil menghela nafas, perlahan. Lambat-lambat tangannya mencapai huluran Idin.

Laju jari jemari Iklil bermain di papan kekunci sebelum dia melekapkan telefon bimbit merah itu ke telinga yang dilitupi tudung merah bercorak abstrak hitam.

“Assalamualaikum,” Iklil diam seketika selepas memberi salam. Mata memandang Idin yang sedang memerhati tanpa kelip.

“Abang, adik ni..”

Sebelah tangan Iklil menekap telefon bimbit di telinga manakala sebelah lagi sudah berada dalam genggaman suaminya, seperti ada kuasa yang mengalir dari genggaman erat itu. Iklil menghela nafas perlahan sebelum menyambung kata.

“Abang, esok ada plan nak pergi mana-mana tak?” Iklil tekun mendengar suara Amin sebelum dia membalas, “Herm okay.. Esok, insyaAllah adik dengan abang Idin datang rumah.. Abil dengan A’a ada kat rumah kan bang?”

Iklil tersenyum sedikit melihat senyuman yang terukir di bibir suaminya. Seakan ada kekuatan pada senyuman menawan itu.

“Ohh.. Nurun pun ada jugak.. Hermm..” Iklil menganggukkan kepalanya beberapa kali sebelum menyambung lagi, “Eh, takyah bang, takyah masak.. Tak payah susah-susah bu—”

“Tak payah susah-susah, Amin.. Takat ayam percik sekor dua ke laksa Johor seperiuk ke... okay jugak.. Sekali dengan fruit cocktail tau..” Idin pantas bersuara. Dia yang menarik telefon bimbit dari telinga Iklil tanpa sebarang isyarat, ketawa kuat mendengarkan balasan Amin. Iklil di sisinya sudah memuncung, geram bila perbualannya dipotong.

Geram? Eh? Sejak bila pulak dia ada rasa geram tak dapat borak panjang dengan abang Amin..? Tapi macam mana dia boleh memulakan perbualan dengan abangnya..? Sejak bila dia dengan Amin boleh berbual mesra..?

Iklil diam memeluk tubuh. Persoalan demi persoalan yang terlontar di benaknya tak dapat dijawab tika itu. Sudahnya dia hanya menyandar di sisi kereta, mendengarkan butir bicara suaminya. Gelak tawa yang amat dikenali membuatkan Iklil mendongakkan kepala. Bulat matanya memerhatikan sepasang suami isteri yang tersenyum lebar, menghampiri kereta.

“Amboi-amboi.. Sesat dekat kedai aiskrim rupanya..” Iklil menjegilkan matanya sedikit. Nini dan Lutfi meleretkan senyum. Di tangan masing-masing ada Cornetto Strawberry.

“Nini singgah toilet dulu sebelum keluar tadi. Tak sempat nak bagitahu you all. Laju sangat menonong ke depan. Macam tak sempat-sempat nak balik je..”

Usikan Nini membuatkan mata Iklil semakin bulat memandang sahabat baiknya itu.

“Pandai la cakap kat orang tau,” memuncung Iklil seketika. Pecah tawa Idin dan Lutfi melihatkan tingkah isteri masing-masing.

“Dah habis borak?”

“Ha?” Idin menjungkitkan keningnya sedikit. Soalan mendatar Iklil membuatkan dia ingin tertawa.

“Dah habis borak dengan abang Amin? Kacau je potong line orang..”

“Pulak dah..” Idin tersengih menahan tawa. Tangannya merangkul bahu Iklil. Tanpa isyarat, jarinya mencuit hujung hidung isterinya. “Bukan takat mulut je, hidung sekali muncung.. Sedih tak dapat cerita panjang dengan abang Amin ke sayang? Esok subuh-subuh kita pergi sana eah..”

Iklil mencebik. Nini dan Lutfi, masing-masing ketawa melihat pasangan yang sukar dijangka itu. Tawa nakal Idin bergabung dengan pasangan suami isteri itu seketika kemudian. Masing-masing melangkah masuk ke dalam kereta tanpa menyedari senyuman yang terukir di bibir Iklil. Jauh di sudut hati, gadis itu bahagia dengan kehidupannya kini..


Kringggggggg!!!!!

Idin yang masih mamai bingkas dari baringnya. Tawa halus Iklil menampar telinganya. Termangu-mangu lelaki itu seketika sebelum dia kembali berbaring di atas katil King size di tengah bilik. Sempat tangannya menarik comforter di hujung kaki.

“Abang, bangunla..”

Iklil mara menghampiri Idin. Tangannya mencapai Nokia 3310 di atas bantal dan mematikan telefon yang jarang diguna pakai itu. Ditariknya comforter yang menyelimuti tubuh sang suami.

“Awal lagi la sayang..”

Tangan Idin menarik balik comforter namun dihalang Iklil pantas.

“5.30 dah bang. Awal apanya..”

Sebentar tadi seronok dia mengatur rancangan hendak membalas dendam. Malangnya Idin sudah immune dengan bunyi deringan Nokia 3310 yang membingitkan itu.

“Abang..”

Panggil Iklil lagi. Tak puas hati melihat suaminya yang nyenyak tidur sedari semalam sedangkan waktu tidurnya terganggu dengan keletihan. Letih berebut bantal..

“Iklil nak tidur mana tu?”

Iklil yang sedang mengusung bantal dan comforter ke tepi katil berpaling pada suaminya. Lelaki itu menutup skrin Sony Vaionya yang sudah gelap dan mula menapak ke arah Iklil.

“Iklil isteri ke bibik?”

“Zaujah..” Laju sahaja Iklil membalas. Dia tersengih sedikit. Mata tak lepas dari sang suami.

“Good,” Idin mengusap kepala isterinya beberapa kali. Iklil masih lagi dengan senyum serba tak kena. Nampak janggal senyuman itu. Idin senyum simpul menahan tawa. “Isteri abang tidur atas katil bukan sebelah katil,” tenang lelaki itu menyambung kata. Iklil bergerak ke katil semula. Idin hanya memerhati dengan senyuman di bibir.

“Abang?”

Mati senyuman Idin. Berkerut dahinya memandang Iklil.

“Abang tidur atas katil la ju—”

“Eh, no! Cannot!”

“Why not?”

“Erm.. Herm.. Ermm..”

“Abang suami ke gardener?”

“Driver,” selamba Iklil membalas. Dia tersengih lebar. Tubuhnya sudah pun terhenyak di hujung katil. Makin lebar sengihan Iklil, mengetap gigi saat Idin mendekat.

“Driver ye..” Idin menjegilkan matanya sedikit. Iklil terkebil-kebil memandang. Letih mendongak, dia menundukkan kepala memandang bantal di tangan.

“Driver dengan gardener pun tidur atas katil jugak. Bukan husband je..” Perlahan Iklil menggumam. Jari jemarinya memintal hujung bantal busuk kesayangan yang diambil di atas katil sebaik sahaja dia memijakkan kaki ke bilik itu.

“Aaa~”

Terjerit kecil Iklil saat Idin merampas bantal di tangannya.

“Abang..” Memuncung Iklil. Sayu mata memandang bantal di tangan Idin.

“Siapa suruh Iklil nakal..” Idin tersengih. Lelaki itu yang sudah menempel di sisi isterinya mengerdipkan mata sekali.

“Abang.. Berapa minggu dah Iklil tak tidur dengan my precious tu..”

“Takpe. Malam ni abang ada.. Mana lagi precious, abang ke bantal busuk sayang?”

“Psych orang pulak..” Iklil merungut manja.

Idin ketawa lepas. “Dah. Iklil tidur dulu, abang nak kunci pintu bawah jap..” Idin bingkas dan menuju ke pintu.

“Bantal Iklil?” Bulat mata gadis itu melihat Idin mengelek bantalnya sekali.

Idin mematikan langkah di depan pintu. Dia memusingkan tubuh menghadap Iklil.

“Bantal Iklil ni bagi abang dulu la..” Lelaki itu berpaling kembali, ingin menyambung langkah.

“Iklil dah kunci pintu dah..”

Idin berpaling menghadap Iklil semula.

“Sliding door?

Iklil mengangguk laju.

“Pintu dapur?”

“Done.”

“Hmm good, but it’s not enough for you to have your so-called precious back..” Idin menjungkitkan keningnya beberapa kali.

“Please..”

Terjingkit-jingkit Iklil, cuba menarik bantal yang dijulang Idin. Idin ketawa perlahan melihat cubaan itu. Tergawang-gawang tangannya mengubah arah saat Iklil berkalih, mencuba di beberapa sudut. Gaya dah macam nak shoot basketball.

Cubaan demi cubaan selama lima belas minit, sampaikan satu bilik itu jadi gelanggang mereka. Malangnya satu pun tak berhasil. Hanya letih yang dia dapat. Sudahnya dia terduduk di sisi katil. Idin yang ketawa lepas dijeling geram.

“Best tak exercise malam-malam?”

“Tau la abang sportsman. Buli orang pulak.. Takpe.. Nanti Iklil beli bantal baru je..”

Makin galak Idin ketawa. Dia bergerak ke sisi Iklil dan duduk di birai katil. Iklil bingkas berdiri. Tanpa sebarang isyarat, tangannya cuba menarik bantal dalam tangan Idin. Masih gagal. Lelaki itu cukup tangkas pergerakannya.

“Aaaaaa~”

Terjerit Iklil saat Idin menarik tangannya laju. Hampir-hampir dia rebah ke pelukan suaminya. Pantas dia berkalih baring di sebelah Idin. Tangan menyiku suaminya lembut.

“Abang lagi nakal dari Iklil tau. Buli orang je kerja. Macam ni lebih baik Iklil tidur bilik belakang tu je. Dengar suara Bobby lagi best dari dapat penat.. Letih tau..”

“Lagi?”

“Abang..!!”

Iklil mengetap gigi, geram dengan usikan tanpa henti suaminya itu.

“Iklil nak tidur..”

Bantal di atas katil ditepuk-tepuk sedikit sebelum dia merebahkan kepalanya di situ. Penat. Letihnya seakan lumba lari 4x400! Idin di birai katil dijeling sekilas. Suaminya hanya tersenyum memandang sebelum dia bingkas menyimpan bantal Iklil di dalam almari dan mengunci almari setinggi pinggang itu. Kunci almari disimpan ke dalam poket seluar.

Bulat mata Iklil memandang usaha gigih Idin yang tak mahu bantal itu terlepas ke tangannya. Langkah Idin kemudiannya diatur kemas ke bilik air di sebelah pintu bilik. Iklil yang berbaring mengiring, memandang tanpa kelip.

Beberapa minit kemudian Idin keluar dari bilik air. Tuala disangkut ke penyidai. Baju sudah pun bertukar. Idin mendekat dan ikut berbaring di sisi isterinya. Bantal Iklil yang diambil dari almari sebentar tadi dijadikan alas kepala. Iklil diam memerhati. Tersungging senyuman di bibir nipis itu.

“Tak tidur lagi?”

Iklil mencebik sedikit, menggelengkan kepala di atas bantal.

“Peluh-peluh ni sayang.. Macam mana nak tidur..” Idin mengesat peluh di dahi Iklil. Isterinya itu bingkas duduk di atas katil.

“Pi masuk bilik air... bersihkan badan, ambil wuduk, tukar baju and bum! Tidur.. Baru boleh lena.. Nabi kata, kalau nak tidur ambil wudhu dulu macam nak solat,”

Panjang lebar nasihat Idin. Iklil diam memandang Idin tanpa kelip. Pantas dia teringatkan baris-baris hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud :

“Apabila kamu mahu tidur ambil wudhu dulu seperti kamu mahu solat, kemudian baringlah di sebelah kanan.”

Mengenangkan hadis itu, Iklil bingkas dari katil. Idin tersenyum memandang tiap langkah Iklil hingga bayang isterinya hilang di balik pintu bilik air. Beberapa minit kemudian saat Iklil keluar dari bilik air, Idin sudah pun melelapkan mata. Lena tidurnya tanpa sebarang gangguan. Iklil juga yang tak boleh tidur. Penat dipujuk, mata masih tak mahu lelap. Sudahnya di atas sejadah dia mencari damai sebelum mata menilik wajah tenang suaminya.

“Iklil..”

Iklil tersentak. Berkecai lamunannya sebentar tadi. Suara Idin menyedarkan Iklil. Gadis itu yang bersandar di kepala katil memandang suaminya, terkebil-kebil.

“Nak kata tidur, celik.. Nak kata celik, no reaction at all.. Berangan nombor satu!”

Suara Idin menampar lembut telinga Iklil. Lambat-lambat Iklil tersenyum. Dia sudah pun berdiri di sisi katil. Baru sahaja tangannya hendak mencapai tangan Idin, lelaki itu melangkah setapak ke belakang.

“Abang dah ambil wudhu sayang.. Dah pi ambil wudhu dulu, kita solat sama-sama. Jap lagi nak pergi rumah Abang Amin..” Idin tersenyum mesra. Ada bunga tawa di wajah itu.

Terangguk-angguk Iklil. Matanya memandang Idin yang sudah lengkap berbaju Melayu dan berkain pelikat. Begitu lama dia melayan lamunannya sehinggakan Idin sudah selesai mandi pun dia masih belum sedar.

Iklil tersengih dan pantas berlalu ke bilik air. Idin tersenyum lagi, menggelengkan kepala. Iklil, Iklil.. Kalau dah melamun, tak ingat dunia..

“Abang jangan nak ngata Iklil aa..”

Laungan Iklil dari bilik air kedengaran jelas. Mati senyuman Idin, tak sangka isterinya itu ada sixth sense! Senyumnya bertukar tawa perlahan. Langkah diatur ke penyidai, mencapai dua helai tikar sejadah. Lelaki itu tersenyum lagi..


“Kata subuh-subuh nak keluar...”

“Mumbling apa tu?”

Kepala dipaling ke kanan. Statik seketika. Sebuah senyum lebar yang menampakkan barisan gigi ditayangkan pada sang suami. Lelaki itu tenang memandu dan sesekali mata dilirikkan pada isterinya.

“Ingat abang tak dengar ke..”

Iklil ketawa perlahan. “Sebab abang telinga kuali,”

“Mengata abang pulak tu. Kata nak jadi isteri solehah,”

Berkerut dahi Iklil memandang Idin. Muncung sudah sedepa.

“Iklil bukan mengata..”

“Ha, menjawab pulak..”

Idin pantas bersuara bila melihat isterinya ingin menyambung bicara. Iklil terdiam, tidak jadi meneruskan kata. Kepala sudah tegak memandang jalan di hadapan.

Suasana di dalam kereta menjadi sunyi. Tiada lagi kata berbalas daripada Iklil dan Idin. Masing-masing diam melayan perasaan. Iklil diam, berbicara di dalam hati. Idin diam, menahan tawa di hati. Hampir sepuluh minit berlalu sebelum...

“Suami isteri tak baik bergaduh pagi-pagi..”

Perlahan suara Iklil. Hampir tak kedengaran. Namun jelas setiap patah perkataan bertiup masuk, mengetuk gegendang telinga Idin. Lelaki itu tersenyum simpul menahan tawa.

“Nanti rezeki lari..”

Pelik! Biasa dengar, tidur lepas subuh rezeki susah nak masuk..

“Iyeke?” Pantas Idin bertanya.

“Iyela,”

“Siapa kata?”

“Dah suara orang, orang la yang kata..”

“Memang la suara orang.. Takkan suara Bobby..”

Bobby?! Makin memuncung Iklil saat itu.

“Orang mana yang kata?”

Iklil hanya diam. Tak berniat hendak membalas.

“Orang mana?” Gertak Idin.

Lambat-lambat Iklil memusing kepala, menghadap suaminya.

“Hm?”

Iklil masih lagi membisu. Diam tak membalas provokasi itu. Hanya mata yang tunak memandang sang suami.

“Suara orang la..”

“Orang mana?”

“Sebelah abang ni la..”

“Siapa sebelah abang?”

“Iklil..”

Idin tersenyum. Perlahan tangan kiri diangkat sedikit, mengusap kepala isterinya itu. Senyum bertukar tawa perlahan, melihatkan Iklil yang kembali memuncung.

“Abang nak tanya sikit, boleh?”

“Mm..”

Idin tersenyum lagi. Pipi isterinya diusap lembut sebelum dia kembali memusatkan pandangan ke hadapan.

“Kenapa Iklil dah tak macam dulu?” Setelah beberapa minit berlalu baru kedengaran suara Idin memuntahkan soalan.

Iklil berpaling ke sisi kanannya. Garis halus mula kelihatan di dahi. Matanya sudah mengecil sedikit. Riak wajah pelik ditayangkan pada Idin.

“What do you mean by ‘macam dulu’?”

Idin ketawa perlahan. “Iklil tau tak dulu Iklil degil. Agak keras kepala sikit,”

Bulat mata Iklil mendengarkan butir bicara yang keluar dari bibir suaminya.

“Itu mengata ke apa tu..” Tanpa nada dia membalas.

Idin tersengih. Kepala isterinya diusap sekali lagi. Dia menyambung kata, “No hard feelings sayang. Abang bukan mengata sayang tau. It’s more like a compliment you know..”

“Is it?”

Tak pernah pulak dengar degil plus keras kepala tu satu compliment.. Mengarut je tau. Nak ambil hati la tu..

“Hm?”

Iklil tersentak. Kening dijungkitkan sekali pada Idin yang bersuara tiba-tiba.

“Apa dia?”

“Apa dia, apa dia?” Balas Iklil pelik. Rasanya dia menyambung bebel di dalam hati. Takkan hati pun dah transparent..

“You don’t have any idea what’s in my mind, do you?”

Iklil mengangguk laju. “Abang ingat Iklil ada sixth sense ke?”

Idin tersengih. Sempat tangannya mencuit pipi Iklil. “I do,”

Iklil mencebik mendengarkan balasan yakin suaminya itu. Abang ni memang tau. Suka sangat psych orang.. Iklil memeluk tubuh. Duduknya sudah mengiring, menghadap Idin.

“Tak percaya it’s a compliment?”

Iklil mencebik dan menggeleng serentak.

“Compliment la.. Kalau dulu degil, keras kepala, kepala batu... tapi sekarang tak lagi. Kira a step to solehah dah ni..”

“Abang kata Iklil degil, keras kepala, kepala batu?”

Idin ketawa kuat. Makin memuncung Iklil.

“Iyela.. Sayang tak ingat ke dulu-dulu? Abang je yang ikut cakap sayang..”

Dulu-dulu? Gaya macam dah berabad lama.. Gaya macam mereka pernah bercinta sakan sebelum ini.. “Bila masa pulak ni bang?”

“Ala masa kita kawan dulu..”

Giliran Iklil ketawa lepas. Matanya semakin mengecil. Sesaat kemudian tapak tangan Idin menekup lembut mulut isterinya itu.

“Nabi gelak nampak gusi sikit je tau,”

Iklil tersipu-sipu. Rasanya baru pertama kali dia ketawa sepuasnya seperti ini. Duduk dikemaskan, masih lagi menghadap sang suami. Lelaki itu memberi isyarat untuk membelok masuk ke kawasan perumahan di sebelah kanan mereka.

“Abang, abang.. Pagi-pagi lagi dah bagi Iklil exercise mulut..” Lebar senyuman Iklil, memandang pada Idin yang mengerling sekilas. “Abang yang lupa atau Iklil yang tak ingat?”

“Tak sama ke lupa dengan tak ingat tu?”

Iklil menggeleng pantas. “Lupa, lupa la.. Tak ingat, tak ingat.. Kan tak sama tu..” Canda Iklil dalam tawa yang sudah berbunga.

“Bijak, bijak..” Pipi Iklil dicubit Idin geram. Gadis itu menjerit perlahan. Laju tangannya mengusap pipi kanan yang sedikit memerah.

“Abang.. Degil, keras kepala, kepala batu, tu semua before our marriage tau..”

“So?”

“Abang tak ingat la tu, kan?”

Iklil melepaskan tali pinggang keledar yang membelit tubuh. Tudung di kepala dibetulkan sedikit. Volkswagen GTi hitam metalik Idin sudah pun meluncur masuk ke halaman rumah berkembar berbumbung merah di hujung jalan.

“Satu hari nanti, Iklil ingatkan abang..” Iklil menayangkan senyum pada Idin sebelum tangannya membuka pintu. Baru sahaja kaki ingin melangkah keluar, tangan Idin menghalang lembut.

“Sayang..”

“Ehm?”

“What past is past,”

“Aha?”

“Emm.. Air dicincang takkan putus, kan?”

Iklil mengangguk laju. Pintu kereta yang terbuka sedikit dirapatkan kembali.

“Abang nak Iklil tahu, tiap apa yang abang Amin buat selama ni pasti ada alasannya.”

Iklil diam mendengar. Tenang wajah itu tanpa sebarang riak. Perlahan-lahan Idin mengangkat tangan sedikit, mengusap lembut kepala isteri kesayangannya.

“Sayang,”

“Mm hm..”

“He loves you. That’s the point.”

Lambat-lambat Iklil mengangguk. Matanya sudah berkaca.

“Iklil,”

“Mm..”

“Abang nak Iklil ingat ni,”

Idin memusing tubuh betul-betul menghadap Iklil. Wajah isterinya ditatap dalam-dalam. Dipaut lembut dagu Iklil.

“Dulu walid selalu pesan dekat abang... yang indah itu budi, yang cantik itu bahasa..”

Iklil ketawa perlahan. Matanya dikerdipkan. Setitis mutiara berlinang di pipi. Pantas dikesat air mata itu.

“Sejak bila pulak abang jadi geng A Samad Said ni..”

Idin turut ketawa perlahan. Suara Iklil yang tenggelam timbul membuatkan mata Idin tak lepas dari seraut wajah kesayangannya itu.

“Walid la.. Walid dulu junior Shahnon Ahmad tau,”

Iklil ketawa lembut. Air mata masih lagi merembes keluar. Ada rasa lega yang mengalir bersama, membawa pergi luka lama yang semakin sirna. Tutur kata Idin tenyata melapangkan dada. Bakat sasterawan walid tertumpah sedikit pada suaminya. Iklil tersenyum memandang Idin.

“No tears for today, please..”

Dalam sendu, Iklil tersenyum lebar. Senyum bertukar tawa perlahan saat Idin menyapu air matanya yang bersisa.

“There’s always reason for something. It won’t simply happen. Senang cakap, it won’t happen for nothing and I believe it’s for good. Iklil isteri abang, abang tak nak Iklil pendam dalam hati lama-lama. Let it go, sayang. That’s why we’re here today, to clear everything..”

Iklil menentang pandangan lembut Idin.

“Ehm?”

Lambat-lambat gadis itu mengangguk. Ada keyakinan yang terbias di matanya yang jernih.

“I love you,”

Iklil pantas menunduk. Pandangan Idin serasa memanah tepat ke hati. Suara lelaki itu melantun ke segenap sanubari.

“Aunty!!”

Pintu kereta dibuka dari luar. Wajah riang Nabilah dan Nuha menyambut kehadiran pasangan suami isteri itu. Pantas kedua-duanya bingkas keluar dari kereta. Tubuh Iklil didakap erat si kecil Nuha dan kakaknya, Nabilah. Riuh dua beradik itu menyampaikan rindu masing-masing.

“Salam uncle,”

Iklil bersuara lembut. Pantas Nabilah dan Nuha merapati Idin. Kedua-duanya tunduk hormat menyalami lelaki itu. Sempat Idin mengusap kepala Nabilah dan mencuit pipi si kecil Nuha sebelum dua beradik itu berlari ke sisi Iklil semula. Iklil ketawa perlahan.

“Diorang tengok abang macam monster la..”

Meleret tawa Iklil mendengarkan usikan Idin. Si kecil Nuha dibawa ke dukungan manakala tangan comel Nabilah digenggam erat.

“Iklil masuk dulu, bang..”

Idin tersenyum dan mengangguk.

“Trifle?” Iklil yang sudah mengatur langkah berpaling semula ke arah suaminya. Lelaki itu menjeling sedikit ke dalam kereta.

“Trifle~ meh masuk jom..” Laung Idin sedikit kuat. Iklil menjegilkan mata sedikit. Tawa halus meletus dari bibirnya. Idin tersengih. Nuha dan Nabilah terkebil-kebil memandang, tak faham gurauan manja Iklil dan Idin.

“Abang jangan lupa ambil trifle dekat seat belakang tu tau..”

Idin mengangguk dalam senyuman yang meleret. Dek kerana trifle itulah mereka terlambat. Asalnya mereka merancang hendak membuat pencuci mulut itu pada malam semalam. Namun masing-masing leka dan akhirnya mereka terlupa dessert yang ingin dibawa bersama. Sudahnya selepas subuh kedua-duanya turun ke dapur.

“Din!”

Idin mengangkat kepala. Pintu kereta ditutup rapat. Tangan menatang bekas kaca berisi trifle penuh berhati-hati. Segaris senyuman terlukis di wajahnya melihat Aminuddin yang makin menghampiri.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam warahmatullah..”

Salam berbalas tanpa jabat tangan. Sebaliknya Idin menghulurkan bekas kaca itu pada Amin seraya berkata, “Pinjam kotak ais, tuan rumah..”

“Kotak ais?” Aminuddin ketawa kuat. “Adik.. Laki kau ni baru tiga tahun ke?” Sambung Aminuddin kuat, dalam tawa yang bersisa.

Iklil yang sedang bersalaman dengan adik tirinya, Nurun, tersenyum lebar. Sungguh dia merasakan damai saat itu. Meleret senyuman Iklil saat mata berlaga dengan anak mata suaminya. Lelaki itu mengerdipkan matanya sekali dan Iklil tersenyum lagi. Senyuman yang menggambarkan rasa hatinya saat itu. Sebuah senyuman yang diharapkan menjadi permulaan yang baik untuk hari ini dan seterusnya..


“Adik marah abang lagi?”

“Naa..” Gelengan disertakan dengan senyuman segaris. Tampak ikhlas senyuman Iklil, senang hati mendengarkan kata ganti nama yang digunakan Aminuddin.

“Abang rasa bersalah sangat sebenarnya,” Satu keluhan berat dilepaskan. Iklil berkalih pandang. Aminuddin meraup wajahnya sekali sebelum tangannya mengusap belakang tengkuk beberapa kali.

“What past is past, bang. Adik dah let go everything and there’s nothing to feel sorry cause you are my only brother..”

Aminuddin tersenyum sedikit. Tangan memeluk bahu adiknya erat. Sebuah kucupan singgah di ubun-ubun kepala adiknya itu.

“Abang.. Habis rosak tudung Iklil..”

Aminuddin sudah berkerut dahi memandang Iklil. Gadis itu ligat membetulkan lipatan tudungnya. Sesaat kemudian, kepalanya didongakkan sedikit, memandang Aminuddin di sisi. Tersengih lebar Iklil.

“Gurau je la,” Bibir Iklil menguntum senyum melihat kerutan di dahi Aminuddin yang sudah sirna.

“I love you, sis. You are my everything..”

Iklil ketawa perlahan. “Abang ni macam jiwang la. Sentimental pulak hari ni..” Gumam Iklil, menayangkan sengih pada Aminuddin yang tersenyum lebar.

“Macam ni la abang sebenarnya.. Adik je yang tak tau sebab abang garang dengan adik dari kecik lagi..” Aminuddin ketawa lepas. Iklil mencebik.

“Memang pun. Macam adik tiri pulak tau.. Dengan Nurun abang okay je.. Sebab tu dulu adik benci sangat dengan abang..”

Bulat mata Aminuddin mendengarkan perkataan benci yang ditekankan. Iklil tersengih menayangkan gigi. Lidahnya dijelirkan sedikit.

“Benci sangat?”

“Ehm. Dulu.. Once upon a time..” Makin kecil mata gadis itu dengan tawanya.

“Once upon a time?”

Iklil mengerdipkan mata. Dia ketawa lagi. “Tapi takde la benci pun bang.. Biasa-biasa je,” Iklil tersengih.

“So sekarang dah tak benci la ni kan?”

Iklil mengangguk laju.

“I’m really sorry, dik. Abang sayangkan adik and I always want the best for you. Abang takut adik leka, takut adik hanyut..”

Iklil diam mendengar luahan Aminuddin. Kepala dilentokkan ke bahu lelaki itu.

“Mama. Ermm.. Sehari sebelum mama admitted mama ingatkan abang, tengok-tengok adik, jaga adik... sebab mama takut adik jadi macam mama.”

Suara Aminuddin terhenti seketika melihatkan Iklil yang sudah menunduk. Kakinya yang mencecah tanah digerakkan perlahan. Serentak, buaian yang diduduki dua beradik itu berayun sedikit.

“Adik tahu mama pesan apa dekat abang dari kecik sampai dah besar?”

Iklil mengangkat kepala. Tubir mata sudah berkolam. Aminuddin mengeratkan pautan di bahu adiknya.

“Mama kata, hati adik macam sarang semut. Sekali diusik habis berderai. Rapuh. Abang rasa abang tak ada cara lain selain menjadi konkrit bertulangkan besi supaya sarang semut kukuh binaanya. Tak runtuh walau Katrina datang melanda..”

Iklil ketawa perlahan dalam bunga tangis yang semakin luruh. Pantas dikesat air mata itu dari terus menodai pipinya.

“You sound like a poetic, bang..” Iklil bersuara perlahan. Aminuddin tersenyum.

“Have I done my job good enough?”

“Perfect, bang.. Sarang semut dalam ni,” Tangan kanan Iklil melekap ke dada. “... cope well with the concrete wall..” Iklil menyambung kata dengan senyuman di bibir.

Tapi ia tetap rapuh bila bersama Idin. Hanya suaminya yang bisa mengusik sekeping hati itu. Selama ini, biar pun berjuta rintangan yang menghalang, dia tetap cekal menghadapi. Namun kini, bila bersama Idin serasa seperti dia seorang yang sangat lemah. Seakan mahu dikongsi segala hiba yang terpendam supaya beban di dada dapat diringankan. Iklil menghela nafas perlahan.

“Adik dengan Idin macam mana?” Aminuddin bertanya tiba-tiba. Iklil memusingkan kepala ke kanan, bertentang mata dengan lelaki itu.

“Macam mana, macam mana?” Iklil bertanya balas.

“Idin tu baik orangnya dik,”

Iklil mengangguk sedikit. Segalka kebaikan suaminya terbayang di mata. Bibir mula menguntum senyum.

“Dia yang terbaik untuk adik..”

“Erm, abang..” Mati senyuman Iklil. Ada sesuatu yang melintas di benaknya saat itu.

“Hm?”

“Abang ingat tak masa abang paksa adik kahwin dulu..”

Aminuddin menghela nafas perlahan. Pautan di bahu Iklil dilepaskan. Tubuhnya sudah mengiring sedikit, memandang Iklil di sisi.

“Adik nak tanya pasal deposit yang abang kata dulu tu ye?” Seakan mengerti, lelaki itu bertanya lembut.

Iklil mengangguk laju. Itulah satu-satunya perkara yang merantai jiwa bila dia berhadapan dengan Idin. Tak dapat tidak, ingatan tentang bayaran itu sentiasa membelenggu dirinya.

“Abang minta maaf, dik. Part deposit tu memang salah abang. Abang berdosa sangat dekat adik. Abang takut adik lari macam mama lari dari kena kahwin dengan ayah Amat..”

Iklil terdiam. Dia mengaku, terkadang dirinya menjadi seorang yang sangat keras kepala dan mengikut anginnya sendiri sahaja. Dia tidak salahkan abang Aminnya itu. Kebimbangan abang Amin ternyata berasas. Iklil kembali terkenangkan riwayat hidup mama yang pernah diceritakan kepadanya sebelum mama pergi meninggalkan mereka..

Mama sanggup melarikan diri dari rumah semata-mata kerana papa. Ayah Amat ditinggalkan tanpa pesan biarpun tarikh pernikahan mereka sudah ditetapkan. Papa yang dinikahi setahun kemudian mula membuat onar dan mama sering menjadi mangsa papa melepaskan marahnya.

Tapi sekali pun mama tak pernah mengadu. Mungkin bagi mama, itulah harga yang perlu dibayar kerana membelakangkan kedua orang tuanya suatu waktu dahulu. Tabah mama membesarkan Abang Amin dan dirinya sehinggalah Ayah Amat datang membela nasib mama. Waktu itu papa sudah lebih setahun meninggalkan mereka.

Papa kemalangan sejurus selepas papa memecut keluar dari rumah, membiarkan mama separuh nyawa, dipukul di hujung tangga. Pengakhirannya, dek kerana penderitaan yang disimpan dalam diam, mama pergi membawa duka yang ditanggung sendiri.

Iklil menghela nafas. Bibir diketap kuat, menahan tangis. Tapi dia gagal. Benteng air matanya mudah pecah saat berbicara perihal mama.

“Adik rindu mama, bang..” Sayu suara Iklil dalam tangisan yang tertahan-tahan. Aminuddin sebak. Tubuh Iklil dipaut erat. Bahu adiknya itu ditepuk lembut beberapa kali.

“Thanks, abang.. Thanks a lot. Kalau bukan sebab abang strict dengan adik, adik takkan jadi macam sekarang. Mungkin adik semakin jauh dari keluarga kita..”

“Syhhh..” Aminuddin menenangkan Iklil yang semakin teresak. Habis lencun tudung gadis itu dengan air mata yang mengalir laju bak empangan yang pecah.

“Syhhh.. Husyhhh.. Tak mau nangis lagi, dik. Nampak Idin kang dia ingat abang cari gaduh dengan adik lagi..”

Iklil tersenyum. Tangan mengesat air mata yang berbekas di pipi. Hatinya puas. Tak pernah dia sebegitu rapat dengan abang Aminnya sebelum ini.

“Adik ingat tak, mama pernah kata dulu.. Hidup ni terdiri daripada tiga perkara,”

Iklil mengangguk laju. Aminuddin tersenyum lebar.

“Semalam, hari ni dan esok..” Dalam sendu, Iklil bersuara perlahan.

“Hmm.. Semalam tu adalah pengalaman. Hari ni, kesedaran—”

“Esok, persediaan..” Potong Iklil dengan senyuman manis terukir di seraut wajah yang basah dengan air mata itu. Aminuddin ketawa perlahan.

“Apa yang dah berlalu tu semua pengalaman bagi kita, dik. Hari ni, kita sedar, kita aware dengan perjalanan hidup kita.. Esok, kita kena be ready, get prepared for our next stop. Hidup ni kita tak tahu sampai bila..”

Iklil mengangguk lemah. “Adik sayang abang.. Adik sayang Ayah Amat..” Baru kini dia sedar betapa berharganya kasih sayang itu. Dia sedar kasih sayang itu bukan boleh diukur pada luaran..

“Dik, I’m really sorry for that ‘deposit’ thing..”

Iklil mengukir senyum. Dia menggeleng sedikit.

“Ayah Amat tak ambil deposit pun dan memang tak ada deposit apa pun. Abang terlepas cakap perkataan tu sebab abang takut adik lari. Abang nak adik kahwin dengan Idin. Abang tahu Idin lelaki yang baik..”

“Abang memang dah kenal Idin ke?”

Aminuddin menggeleng sekali. Dia tersengih sedikit. Mata lelaki itu seakan tersenyum nakal.

“Abang upah orang untuk siasat Idin?” Laju Iklil bertanya, tak betah melihat pandangan yang menimbulkan rasa curiga itu.

Aminuddin tersenyum lebar. Matanya dikerdipkan sekali. Bulat mata Iklil memandang abangnya. Kepalanya digelengkan beberapa kali.

Abang, abang.. Tak ubah-ubah perangai tu.. Macam kes Lutfi waktu mereka sama-sama di tingkatan enam. Lelaki itu sedang berpacaran dengan Nini tapi abang Amin tersalah anggap. Sudahnya, dia hanya belajar setengah tahun di sekolah dan selebihnya dia belajar sendiri dengan mengikuti tuisyen di luar.

Betapa cekapnya orang suruhan Aminuddin sehinggakan tawaran belajar di IPT yang kebetulan diterima di tempat yang sama dengan Lutfi turut sampai ke pengetahuan abangnya itu. Disebabkan itulah Aminuddin tak membenarkan dia menyambung pelajarannya bersama rakan-rakan yang lain..

“Overprotective,” Sepatah kata yang terlontar dari bibir Iklil mengundang tawa Aminuddin.

“I’m too anxious for you,” balas lelaki itu sebelum menyambung tawa. “Tapi kan dik, percaya la cakap abang, Idin paling sesuai buat adik..”

Iklil mencebik. Aminuddin melemparkan sengih, menayang sebaris giginya.

“Abang bukan saja suka-suka buat semua ni, dik. Orang masuk meminang tiba-tiba, mestilah kita kena tahu datangnya dari mana, betul ke niat dia.. Takkan nak accept just like that.. Right?”

“You’ve got your point there..”

“Abang doa both of you will last forever, insyaAllah.. Iklil jangan risau sebab abang tahu he’s the best for you.. Believe me, dear..”

Lambat-lambat Iklil tersenyum. Makin lama makin lebar senyumannya itu. Sedari tadi Aminuddin mengkhabarkan kebaikan Idin dan sememangnya Iklil arif tentang itu. Gelak tawa Nabilah dan Nuha yang kedengaran kuat dari dalam rumah membuatkan Iklil dan abangnya berpandangan.

Hmm, abang la tu! Iklil tersenyum tiba-tiba. Sebentar tadi dia meninggalkan si kecil berdua itu pada Idin. Dua beradik itu pada mulanya nampak kekok ketika bersama Idin. Entah apa yang dilakukan Idin sehinggakan mereka kedengaran semakin mesra. Iklil tersenyum lagi buat kesekian kalinya. Dada terasa semakin lapang. Hidup seakan lebih bermakna. Ada janji yang terpateri dan terukir dalam hatinya saat itu..


Nak cakap, tak nak. Nak cakap, tak nak.. Nak cakap, tak nak. Nak cakap... Tak nak, tak nak. Nak cakap, tak nak! Arghhh!!! Iklil meramas jari jemarinya. Hatinya berperang hebat.

“Sayang kenapa ni?”

Iklil tersentak. Kepala didongakkan sedikit. Tersipu dia memandang Idin yang merenung tepat ke dalam matanya.

“Ehm?”

Iklil pantas menggeleng. “Nothing,” Iklil tersenyum menyembunyikan gelisah.

Idin mencerunkan pandangannya. “Sejak keluar dari rumah abang Amin petang semalam, Iklil tak duduk diam. There must be something,” duga lelaki itu penuh yakin. Laju sahaja dia menarik lengan isterinya itu perlahan, merapati dirinya. Lambat-lambat Iklil mendekat.

“Iklil ada buat salah dekat abang ke?”

“Eh tak adalah,” jawab Iklil sepantas kilat.

“Iyeke?”

Iklil mengangguk laju. Beberapa kali. Idin tersenyum sedikit.

“Dah tu kenapa tak senang duduk je ni. Macam kucing nak beranak. Tahu kucing nak beranak macam mana?”

Iklil menggeleng tanpa suara.

“Macam Iklil la,” Idin tersenyum lebar, mengerdipkan matanya sekali.

Iklil mencebik geram, menundukkan kepala. Lebih baik tak payah tanya tadi..

“Hah! Mengata abang,”

Beristighfar panjang Iklil dengan sergahan suaminya itu. Tanpa isyarat dia mencubit kuat lengan Idin.

“Boleh tak jangan terkejutkan orang lagi lain kali?”

“Orang mana?”

Hah sudah! Start dah.. Iklil melangkah setapak dari Idin. Pantas tangan Idin menarik lembut.

“Iklil tahu tak―”

“Tak tahu.” Iklil mencelah laju. Mencerun mata Idin memandang isterinya. “Ab―”

Suara gadis itu terhenti di situ serta merta bila Idin merapatkan wajah pada isterinya tanpa sebarang isyarat. Sepi. Sesaat berlalu tanpa suara antara mereka.

“Abang~”

Nyaring jeritan Iklil. Idin hanya tersengih-sengih, menjungkitkan keningnya.

“Mana aci main... Erm main...” Tersekat-sekat suara Iklil. “Emm tak aci!”

“Tak aci apa ni sayang? Main apa? Hmm? Congkak?” Usik Idin dengan tawa yang sudah berbunga.

“You aren’t suppose to do so,” Suara protes Iklil sudah kedengaran.

“Doing what? Supposingly...?” Nakal Idin membalas.

“Abang,”

“Salah Iklil jugak... mencelah time abang tak habis cakap,”

“Abang ni tak patut tau. Kalau iya pun Iklil salah, janganlah buat macam tu.. Kalau orang lain nampak nanti macam mana? Free show pulak tak pasal-pasal,”

“Nurun dengan Ayah Mat je yang ada pun,” selamba Idin membalas tanpa menghiraukan Iklil yang sudah menjegilkan mata. “Ala.. Kiss Iklil jugak, bukan orang lain..” Sambung Idin lagi. Iklil di sisi sudah bulat mata, memberikan isyarat pada suaminya.

“Takpe ngah.. Nurun tak nampak apa-apa..” Suara Nurun kedengaran tiba-tiba. Tersengih-sengih dia menghampiri pasangan suami isteri itu.

“Argghhhhhhh~” Panjang jeritan Iklil sebelum Idin menekup kemas seulas bibir comel isterinya.

“Nurun kan dah kata tak nampak apa-apa,” tenang dan selamba Idin menutur kata seakan tiada apa yang sudah berlaku. Tangan sudah dialihkan selepas Iklil menarik lembut. Sempat dikerdipkan matanya sekali pada Nurun yang sudah tegak berdiri di sisi mereka.

Banyaklah tak nampak. Kalau dah tersengih-sengih macam kerang tak mandi seminggu, tak nampak apanya. Abang ni pun satu. Aci redah je.

“Sudah-sudah la tu mengata abang,”

Idin tersenyum lebar, menarik bahu isterinya lembut. Dipaut bahu Iklil kemas. Gadis itu makin memuncung. Tau je orang dok ngata..

“Ayah mana Nurun?”

“Ayah dah naik atas. Ayah panggil masuk ngah, bang..”

Serentak Iklil dan Idin mengangguk.

“Ayah kata sudah-sudah la bercengkerama dekat luar ni,” Nurun ketawa lepas sebelum berlari masuk. Tak sempat Iklil menyerang balas usikan adik tirinya itu.

“Pandai la.. Ayah kata ke dia yang kata,” Iklil menggumam geram. Dia menjeling Idin yang tersengih lebar.

“Tak baik tau jeling-jeling orang,”

Iklil mencebik.

“Apetah lagi kalau orang yang dijeling tu suami,” Idin menyambung kata. Bibirnya menguntum senyum. Tangannya sempat mencuit pipi isteri di sisi.

“Tak baik..”

Iklil hanya diam, tak membalas ujaran Idin. “Kata nak jadi isteri mithali, kan..” Idin melancarkan provokasi, tak betah melihat kebisuan isterinya.

“Iklil mintak maaf,” Lembut dan tenang suara Iklil setelah dia menyepi beberapa ketika. Wajahnya hanya ditundukkan, tak berani menentang pandangan mata sang suami.

“Sorry no cure,” Idin membalas selamba. Iklil pantas berkalih pandang. Kepalanya sudah didongakkan sedikit, menghala pada Idin. Bulat mata gadis itu seketika, menatap wajah sang suami tanpa kelip. Idin menjungkitkan keningnya sekali.

“Hmm..” Balas Iklil tanpa nada.

“Hm? What?” Pantas Idin memberi respon. Pelik dia mendengarkan suara isterinya saat itu.

“Hmm.. Just hmm..” Jawab Iklil tenang.

“Meaning?”

Iklil mengetap bibir, menyembunyikan senyum. Hampir terlepas tawanya melihatkan reaksi Idin. Ingat abang je pandai mengusik..?

“Meaning?” Tanpa sabar Idin mengulang soalan, meminta penjelasan.

“Hmm as if okay then,”

“Okay then?”

“Ya, okay..”

“Okay?”

“Yaa, O.K.A.Y.”

“Okay je?”

“Ya la.. What else do you expect?”

Mata Idin tunak memandang isterinya. Sukar dikesan dan ditebak perasaan Iklil melalui seraut wajah yang tenang tanpa sebarang riak itu. Sesaat kemudian Iklil merapati Idin. Lelaki itu memandang dengan penuh tanda tanya. Terpegun dia seketika saat Iklil mendekatkan wajahnya. Sesuatu yang luar biasa daripada Iklil Aidan!

“Best cure ever!” Serentak dengan kata-kata itu, Iklil berlari masuk ke dalam rumah. Idin ditinggalkan terpinga-pinga.

Sesaat, dua saat, tiga saat.. Sepi seketika. Idin tersenyum. Makin lebar senyuman lelaki itu mengenangkan ciuman yang dihadiahkan di pipi kanannya. Idin ketawa perlahan. Tangan mengusap lembut bekas kasih sayang isterinya. Lambat-lambat dia menggelengkan kepala. Bibir masih lagi menguntum senyum. Langkah kaki diatur kemas menuju ke dalam rumah..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

“Bila lagi cuti lepas ni dik?”

“Ada break before final nanti,”

“Bila?”

“Tengah bulan depan,”

Iklil mengangguk beberapa kali. Idin di sisi tenang memandu tanpa mencelah perbualan Iklil dan Nurun.

“Study okay, dik?”

Iklil memusingkan tubuh sedikit, memandang pada Nurun di belakang. Gadis kecil molek itu tersenyum lebar, menganggukkan kepala.

“Belajar elok-elok tau, dik.. Jangan jadi macam angah..”

“Kenapa dengan angah?”

Berpusing 90° kepala Iklil mendengarkan Idin bersuara tiba-tiba.

“Ini cerita angah dengan adik la.. Bukan angah dengan ‘abang’ angah,”

Pecah tawa Idin mendengarkan balasan Iklil. Nurun tersengih lebar.

“Takpela ‘abang’ angah nak jugak selit sikit-sikit,”

Iklil mencebik sedikit. Idin sambung ketawa. Tangannya dipanjangkan sedikit, mengusap kepala Iklil.

“Duduk pandang depan la sayang. Nanti pening kepala pulak kang,”

“Sekejap la.. Nak borak-borak dengan Nurun,”

Meleret manja suara Iklil. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Idin menggeleng sekali sebelum menjungkitkan keningnya sedikit.

“Thanks tau abang, angah. Thanks hantar Nurun balik..”

Tersenyum Iklil dan Idin yang sedang berpandangan.

“No sweat. Bukan selalu abang hantar Nurun balik.. Baru first time ni,”

“A’ah.. Alang-alang dah ada kat rumah sekali tadi kan.. Ala dik, kitorang bukan nak pergi mana-mana pun. At least dapat jugak jalan sampai Negeri Sembilan hari ni,”

Idin ketawa perlahan. “Sampai Negeri Sembilan... Tak sampai dua jam pun jalan. Dekat je,” Laju dia membalas, niat hendak mengusik isterinya. Iklil mencebik.

“Takpela. Dah Kuala Pilah dekat Negeri Sembilan. Kira Negeri Sembilan la jugak..”

“Iyela, iyela. Negeri Sembilan.. Okay, hari ni abang bawak Iklil makan angin dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan.”

Iklil mengetap bibir saat suaminya menekan sebutan Negeri Sembilan sebentar tadi. Nurun tersengih-sengih melihatkan keletah pasangan suami isteri itu. Idin tersenyum. Mata dikerdipkan sekali pada Iklil yang sudah memuncung sebelum kembali menumpukan perhatian pada pemanduannya.

Dua puluh minit berlalu tanpa suara antara ketiga-tiga mereka. Sepi seketika suasana di dalam Volkswagen GTi Idin. Hanya alunan nasyid Raihan bersilih ganti menghidupkan kedamaian. Sesekali Idin melarikan pandangan pada Iklil di sisi. Isterinya itu nampak kegelisahan.

“Iklil,” panggil Idin lembut.

“Mmm,” jelas tak bermaya balasan itu.

“Sayang kenapa ni?”

Iklil menggeleng sekali. Duduknya sudah beralih mengiring, memandang Idin. Pucat wajah gadis itu.

“Sayang nak muntah ke?” Pantas Idin bertanya. Tangan kirinya di atas brek tangan diangkat mengusap pipi sang isteri. Iklil mengangguk lemah. Mata sudah tertutup rapat.

“Nurun,”

“Ye bang,” cemas suara Nurun membalas panggilan Idin.

“Beg telekung angah ada dekat seat belakang tak?”

Nurun berkalih ke kirinya. Tangan mencapai beg maroon kepunyaan Iklil.

“Ambilkan minyak cap Kapak dekat zip belakang,” Idin bersuara sambil mata mengerling ke arah cermin pandang belakang.

“Mm hm,”

“Sapu sikit dekat tengkuk angah,”

Nurun bergerak ke hadapan sedikit, merapati Iklil yang menyandar di tempat duduk.

“Ngah,” panggil Nurun lembut. Iklil bergerak sedikit, memberi ruang pada Nurun untuk menyapu minyak di tengkuknya.

“Berhenti kejap bang,” lemah suara Iklil hampir tak kedengaran.

Idin berkalih memandang Iklil. “Sekejap sayang. Tak boleh berhenti dekat sini. Nanti sampai dekat atas sikit abang stop,” Tangan kiri Idin mengurut tengkuk isterinya beberapa kali.

Kenderaan yang bertali arus di Bukit Putus itu menyebabkan pergerakan mereka menjadi sedikit perlahan. Dek kerana jalan bukit berliku-liku, Idin tidak dapat memberhentikan keretanya di bahu jalan. Resah lelaki itu melihat isterinya yang sudah tidak senang duduk. Setia Idin memicit tengkuk Iklil. Sesekali tangannya mengelus lembut pipi gadis itu.

“Boleh tahan lagi?”

Iklil mengangguk lemah. Dia semakin selesa dengan urutan di pangkal tengkuknya. Ada mutiara jernih yang mengalir dari matanya yang terpejam rapat.

“Eii.. Syhh.. Kenapa sayang? Pening sangat ke? Husyhhh.. Tak mau nangis. Malu je kat Nurun.” Pujuk Idin umpama memujuk anak kecil. “Sekejap je lagi nak berhenti,” sambung Idin lagi.

Idin mengusap lembut kepala Iklil beberapa kali. Lipatan tudung yang dipakai gadis itu dibetulkan sedikit. Lega bertamu seketika saat bibir Iklil menguntum senyum dalam kepayahan. Beberapa minit kemudian Idin memberhentikan keretanya di bahu jalan. Pintu kereta dibuka pantas dan segera dia menghampiri pintu di sebelah kiri kereta. Lembut dia memanggil Iklil dan gadis itu membuka mata perlahan-lahan.

“Meh keluar, sayang. Ambik angin dulu.”

Lambat-lambat Iklil mengatur langkah. Elok sahaja gadis itu berdiri tegak di sisi suaminya, dia muntah dengan tiba-tiba. Pantas Idin mengusap belakang isterinya yang sudah bertinggung.

“Angah nak air?”

Nurun yang sudah ikut bertinggung di sisi Iklil dan Idin menghulurkan sebotol air. Idin menyambut huluran itu. Botol yang sudah dibuka tutupnya itu diberikan pada Iklil. Gadis itu menyambut lemah. Dia berkumur sedikit sebelum meneguk air itu. Iklil menghela nafas. Dadanya diurut beberapa kali.

“Baru naik Bukit Putus dah macam nak pitam. Cancel la plan abang nak bawak Iklil honeymoon dekat Cameron..”

Berkerut dahi Iklil memandang Idin. Suaminya hanya tersenyum. Tenang memandang dari sisi. Nurun pula sudah bingkas berdiri, menggeliat membetulkan urat.

“Nurun, tolong ambilkan minyak kapak kat dalam kereta,”

Pantas Nurun bergerak ke kereta dan kembali seketika kemudian. Minyak cap Kapak botol kecil dihulurkan pada Idin.

“Nah bang,”

“Thanks,”

Nurun mengangguk dan tersenyum. Dia kembali bertinggung di sisi Iklil. Idin membuka penutup minyak cap Kapak dan menuangnya di tangan. Tudung Iklil diselak sedikit sebelum dia menyapu minyak kapak di tengkuk isterinya. Sapuan itu beralih pada pelipis Iklil pula. Isterinya hanya diam membisu.

“Kita nak honeymoon kat mana ye sayang?”

Iklil memuncung. Kepalanya digelengkan perlahan. Bibir belum lagi memuntahkan kata. Tekaknya masih rasa tidak selesa. Idin tersenyum. Dia bingkas dan menghampiri kereta. Pintu belakang dibuka sedikit. Beg telekung Iklil dicapai dan sepeket asam dikeluarkan dari beg itu. Iklil hanya memerhati dengan kerutan terlukis di dahi.

“Makan ni,”

Dari bertinggung, ketiga-tiga mereka sudah pun bersila di atas rumput di bahu jalan itu. Kenderaan yang bertali arus sedikit pun tidak dihiraukan.

“Mana abang dapat ni?”

Perlahan Iklil bertanya. Seingatnya dia sudah lama tak membeli asam kulit limau itu. Hanya Aminuddin yang gemar memberi asam itu bila dia loya dan muntah dalam perjalanan yang panjang.

“Abang Amin yang selalu belikan dekat Iklil,” sambung Iklil lagi. Tangan mencapai huluran asam dari suaminya.

“Abang Amin dah cerita macam-macam dekat abang.. Abang beli ni tadi masa isi minyak dekat Petronas. Spare untuk sayang.” Idin tersenyum pada Iklil yang sedang memandangnya sambil mengunyah asam kulit limau itu.

“Thanks,”

Bergetar suara itu. Urutan di pangkal tengkuk Iklil terhenti. Idin mengintai wajah sang isteri yang sudah menunduk. Mendung wajah Iklil saat itu.

“Aha, don’t start it again..”

Serentak, air mata Iklil bercucuran menuruni pipi. Teresak-esak gadis itu seketika. Tersengih Nurun melihatkan Idin yang menggeleng. Gadis sunti itu bingkas menuju ke kereta, memberi ruang pada angah dan abang ngahnya.

“Come here,”

Idin menarik lembut kepala Iklil, rapat ke dadanya. Sedu sedan isterinya masih lagi kedengaran. Diusap lembut kepala Iklil yang tersembam di dadanya.

“Enough crying sayang..” Idin tersenyum menggelengkan kepala. Tangan masih lagi mengusap kepala isterinya dan Iklil masih lagi menyambung tangis.

“Apa yang Iklil fikir ni.. Cuba cakap dekat abang. Bukan abang yang buat Iklil nangis, kan?”

Iklil terdiam seketika. Dia mengangguk sedikit sebelum menyambung sedu.

“Abang buat Iklil menangis?”

Iklil mengangguk sekali lagi.

“What have I done?” Idin ketawa perlahan. Bahu Iklil ditarik lembut. Mata menatap wajah sang isteri yang sudah kemerahan. Iklil menunduk malu.

“Mm? Apa yang abang dah buat? Pasal honeymoon tu ke? Okay, okay.. Abang tak cancel honeymoon kita kat Cameron... —Ouch!”

Tangan Idin beralih pada pinggangnya yang dicubit Iklil.

“Siapa kata pasal honeymoon,”

“Salah ke?” Idin tersengih-sengih. Iklil diam dan kembali menunduk.

“Thanks abang.. Iklil terharu,”

Idin senyum lebar.

“Iklil terharu dengan abang, abang Amin..”

Makin lebar senyuman Idin. Tumpuan masih lagi pada suara Iklil yang sayup-sayup.

“Iklil,”

Suara gadis itu terhenti tiba-tiba.

“There’s no word can replace my feelings right now,”

“Abang faham.. Keep on crying for that shows enough, dear..”

Iklil ketawa perlahan dalam sendu yang bersisa. Idin menyambung tawa isterinya sambil tangan mengusap lembut kepala gadis itu.

“Iklan jap~ Lama lagi ke?”

Iklil dan Idin berpandangan mendengarkan laungan Nurun dari pintu kereta yang terbuka sedikit.

“Two minutes,” Idin membalas laungan dengan menayangkan dua jari di tangan kirinya.

“Jom, sayang. Lambat pulak Nurun sampai kolej nanti.” Idin bingkas sambil menarik lembut tangan Iklil. Tangan kanan isterinya itu digenggam erat. “Yang indah itu budi, yang cantik itu bahasa.”

Iklil mendongak sedikit, memandang Idin yang sedang tersenyum. Kenapa tiba-tiba?

“Kan abang dah pernah pesan dekat Iklil dulu..”

Berkerut dahi Iklil, masih tidak dapat menangkap mesej utama yang ingin disampaikan.

“Air dicincang takkan putus, sayang.”

“Mmm hm,” Then?? Iklil masih lagi pening.

Seakan memahami, Idin menyambung kata. “Kalau sayang terharu dengan Abang Amin, senang je nak balas balik. Sayang tolong jaga Abil dengan A’a sementara Abang Amin further study next month.”

Bulat mata Iklil memandang Idin. Kenapa dia tidak tahu Abang Amin nak sambung belajar lagi.. Betul ke ni? Lelaki itu mengangguk sedikit, seakan dapat membaca isi hati isterinya.

“Kalau sayang terharu dengan Abang Amin, teruskan bicara kalian macam petang semalam. Bahasa hiasan jiwa. Bahasa menggambarkan rasa. Bahasa asas bual bicara,”

Iklil ketawa lepas. Giliran Idin mengerutkan dahi.

“What?”

“Abang dah kena badi Tongkat Warrant ke apa?”

Idin tersengih malu. “Tak baik tau cakap pasal orang yang dah tak ada,”

Iklil tersenyum. “Iklil bukan nak kata yang tak baik. Usman Awang tu sangat bagus. Cuma abang tak boleh lawan nak dapat title Pejuang Sastera macam Usman Awang.”

“Iya ke?”

“Yup. He had been given title doctor tau. Abang, belajar pun tak habis lagi siap lari balik pulak tu,”

“Wo, wo.” Idin ketawa kuat. Pantas dia merangkul bahu isterinya erat. “Sempat mengata abang pulak ye,”

Iklil tersengih.

“Usman Awang doktor bahasa, abang doktor manusia.." Tenang Idin bersuara.

“InsyaAllah..”

“InsyaAllah..” Lelaki itu membalas dengan senyuman.

“Lebih lima minit dah pun,”

Sekali lagi Iklil dan Idin berpandangan saat terdengarkan laungan Nurun. Pecah tawa masing-masing melihat wajah kelat Nurun. Langkah diatur laju menuju ke kereta dengan tawa yang masih bersisa.

Satu setengah tahun kemudian..

“Abil dah call papa?”

“Dah!” Semangat Nabilah membalas. Bunga senyum terlukis di wajahnya. “Papa kirim salam dekat aunty dengan uncle,”

Iklil tersenyum, membalas salam abangnya. Kepala Nabilah diusap sekali. Nuha yang sudah tertidur di sisi Nabilah bergerak sedikit. Iklil melabuhkan punggung di hujung kaki si kecil itu. Perlahan tangannya menyentuh hujung kaki Nuha sambil memanggil namanya lembut. Nuha beralih baring ke kiri dan menyambung lena. Nabilah tersengih menjungkitkan bahu.

“Nuha,” Panggil Iklil lagi.

“Emm,” Nuha menjawab malas dengan mata yang terpejam. Iklil tersenyum. Berhati-hati dia mengangkat tubuh kecil Nuha. Didukung kemas si kecil itu.

“Jom masuk tidur, Nabilah..”

Langkah diatur berhati-hati, memanjat anak tangga. Nabilah yang mengekor di belakang sudah beberapa kali menekup mulut, menahan ngantuk. Pintu bilik ditolak perlahan. Lampu tidur di sisi katil dipulas sedikit. Ruang yang gelap tadi semakin cerah. Nuha diletakkan perlahan di atas katil sebelum Nabilah melompat naik.

“Tidur jangan lupa baca doa,”

Nabilah mengangguk. Iklil menarik comforter merapati dada dua beradik itu. Nuha yang sudah lena tidur tidak berkutik. Nabilah terkumat-kamit membaca doa tidur.

“Assalamualaikum, aunty..”

“Waalaikumussalam sayang,”

Iklil bingkas dari katil. Lampu tidur dimalapkan sedikit. Dia berjalan perlahan menuju ke pintu bilik.

“Dah tidur ke?”

“Astaghfirullahalazhim,”

Iklil mengurut dada. Jantung berdetak laju. Dia benar-benar terkejut dengan kehadiran suaminya di balik daun pintu. Idin tersengih.

“Abang. Ya Allah.. Gugur jantung Iklil.”

“Takpe, abang tolong sambut..”

Iklil menepuk bahu Idin perlahan. Lelaki itu tersengih lagi.

“Sayang bawak Abil dengan A’a keluar ke petang tadi?”

“Mm.. Pergi rumah Nini. Abang tak baca message? Kan abang yang suruh Iklil bawak Abil dengan A’a jalan-jalan.. Lupa ke?”

Idin menjungkitkan hidungnya sedikit dan tersenyum. Telefon bimbit ditayangkan di hadapan isterinya.

“Abang lupa la sayang.. Bateri pulak out. Tengah abang nak call Iklil petang tadi dia mati..”

Iklil bergerak sedikit. Tangannya menarik lembut tangan Idin, mengajak lelaki itu ke tingkat bawah.

“Bang,”

“Mm hm?”

“Abang ingat tak dulu abang ada tanya dekat Iklil, kenapa Iklil dah tak macam dulu..?”

Idin mengangguk dengan kerutan di dahi. Seluruh ingatannya dikerah semula.

“Abang ingat tak before kita kahwin, abang ada tanya kenapa abang yang selalu kena obey dengan kata-kata Iklil..?”

Sekali lagi Idin mengangguk dengan lukisan di dahi. Makin pelik dirasakannya.

“Sekarang Iklil nak remind jawapan Iklil dekat abang bila abang tanya apa akan jadi bila tiba masanya Iklil jadi milik abang.. Iklil jawab, sedia menurut perintah, tuanku.”

Makin bertambah kerutan di dahi Idin. Kepalanya terangguk-angguk sedikit tanda dia masih lagi mengingati segala apa yang diperkatakan.

“Hmm.. So, Iklil nak abang tahu, Iklil dah ready nak quit my job. I’m ready to serve you everything,”

“Bukan ke kebajikan abang tetap terjaga biar pun Iklil kerja? Bukan ke Iklil sayang kerja Iklil sekarang?”

Iklil mengangguk sekali. Bibirnya menguntum senyum.

“I love you more than my job. I serve you and not for my boss,”

Idin tersenyum lebar.

“Kalau Iklil bahagia, abang lagi bahagia..”

“Thanks bang,”

Iklil tersenyum lebar. Lega mukadimahnya berjalan lancar. Dia yang sudah bersila di atas sofa merapati Idin. Kepala dilentokkan ke bahu sang suami dan lelaki itu merangkul kemas pinggang isterinya.

“Bang,”

“Mm hm?”

“Abang,”

“Iya sayang,”

“Adam Hafiz will have partner soon,”

“Nini pregnant lagi?”

Iklil mengangguk laju. Bercahaya matanya.

“Kita—”

“It’s okay sayang.. Belum rezeki kita lagi. Maybe next time, hm? Not to worry sayang..” Pantas Idin mencantas kata-kata isterinya. Bahu Iklil dirangkul erat dan ditepuk bahu itu beberapa kali. Iklil memuncung. Nafasnya dihela perlahan. Jari jemarinya bermain di tapak tangan Idin.

“Abang—”

“Abang ada berita best nak bagitahu dekat Iklil,” Potong Idin sekali lagi. Berkerut dahi Iklil menantikan butir bicara suaminya.

“InsyaAllah hujung tahun ni abang sambung balik study kat Mesir. Petang tadi lecturer abang call...”

Rancak Idin menyambung cerita tanpa menghiraukan isterinya yang diam menahan sebak. Titis-titis mutiara jelas bergenang di mata Iklil. Hanya menanti saat untuk jatuh menodai pipinya. Iklil hanya diam mendengar tutur kata Idin. Dia mengetap bibirnya kuat.

“Kenapa sayang diam je ni? Tak suka?”

Habis bercerita, Idin mengalihkan pandangan pada isteri kesayangan. Terkedu dia melihatkan wajah itu sudah kemerahan dan basah dengan air mata.

“Iklil dear, kenapa ni?”

“Don’t leave us,” bergetar suara Iklil.

“Ei. Husyhhh.. Calm baby. Siapa kata abang nak tinggalkan Iklil. By the end of this year, abang Amin dah settle down everything. InsyaAllah. Abil dengan A’a pun mesti nak stay dengan their papa, right? So, you’ll be right by my side for you are my habibti, my baby.. Herm? Syhhh.. Tak mau nangis-nangis dah..”

Idin mengeratkan rangkulannya. Bahu isterinya ditepuk lembut beberapa kali.

“You won’t leave us here?”

“I won’t go without you,”

“Promise you’ll bring us along?”

“Iya, sayang. Abang mesti bawak Iklil sekali, insyaAllah.”

Iklil pantas mengesat wajahnya. Terasa sembap mata kerana basah dek air mata.

“Syukran, bang.. We love you!” Laju sahaja Iklil mengucup pipi suaminya. Sekali lagi Idin terkedu. Akalnya ligat memikir.

“Did you just say something, erm.. Erm..”

Idin menggaru kepala yang tidak gatal.

“Sometimes guys are slow to figure this out, Iklil..” Kata-kata Nini petang tadi terngiang di telinga Iklil. Dia tersenyum tiba-tiba.

“Abang.. We. We. Love you..”

Mata Iklil sudah kembali jernih. Wajahnya yang suram tadi kembali bercahaya penuh harapan agar Idin faham apa yang ingin disampaikan.

“Ya Allah,”

Sepatah kalimah jelas menayangkan reaksi lelaki itu. Iklil terasa rangkulan di pinggangnya makin longgar. Sesaat kemudian, kepalanya didongakkan sedikit. Wajah berseri Idin dipandang dengan senyuman lebar.

“6 weeks, bang.”

“Alhamdulillah ya Allah. Alhamdulillah..”

Idin menarik Iklil ke dalam pelukannya. Ubun-ubun sang isteri dikucup penuh kasih. Bibir tak henti mengucap hamdan lillah, syukran lillah. Rezeki tuhan buat hamba-NYA yang sabar menanti.

“Nampak gaya, abang kena extend lagi la study abang,”

“Why?”

“Nanti Iklil tak boleh ikut abang pergi sana,”

“Says who?”

“Pregnant woman kan tak boleh naik flight,”

Iklil tersenyum, menggelengkan kepala. “Abang tak baca paper ke abang miss that part?”

“Which part?”

“Normal pregnant ladies are allowed for international flight till 35 weeks of pregnancy tau.”

Idin tersengih. “Ya la, I missed that part agaknya. Paper tahun bila Iklil baca tu?”

Iklil ketawa perlahan mendengarkan usikan suaminya. Dia sendiri pun sudah lupa tahun bila dia membaca berita yang dilaporkan itu. Serasa sudah beberapa tahun yang lalu berita itu dikeluarkan. Iklil tersengih.

“Whatever it is, I’ll take good care and extra attention for you both..”

Lembut dan tenang Idin berbicara. Pasangan suami isteri itu berpandangan seketika. Masing-masing diam, membiarkan mata berbicara. Bicara hati yang menyesakkan jiwa. Ada debar dalam diri keduanya. Debar menantikan cahaya kasih, benih mujahid yang bakal berkembang. Doa keduanya, biar banin atau banat, buah hati mereka itu tidak tersungkur di medan tempur dunia ini.. InsyaAllah.


~~the end~~ 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan